Pengalaman ke Hitachi Seaside Park Tokyo Jepun
Photo Credit : jpninfo.com |
Memandangkan kitorang bermalam di Osaka, so nak ke Tokyo kena naik bas lah. Bertolak malam dan sampai kat Tokyo pada keesokan harinya. So, sepanjang dalam bas tu memang Zzzz😪 je la.
Dah sampai, kitorang bersihkan diri kat station tu (lupa nama station). Then bertolak untuk ke Hitachi Seaside ni. Masa saya ke sini, musim autumn baru bermula. Dan sepanjang disana ada beberapa kali jugak la hujan turun. So, memang mencabar jugakla.😥
Trip kali ni agak adventure bagi saya sebab lebih banyak berjalan kaki dan naik public transport. Nak ke satu station pun kena jalan jauh tau. Dah tu agak mencabar jugak sebab banyak tangga yang perlu di daki. Huh dah banyak kalori aku terbakar.🙃
Ok, sambung cerita asal.
Kitorang ke Hitachi Seaside Park naik bas. So, on the way ke taman ni hujan turun pulak. Dalam bas tu dah fikir dah 'macamana nak jalan-jalan kat sana nanti' 😓Nasib baik sebelum tu dah beli raincoat. Haa ni pun terpaksa beli. Kalau tak basah lencun la.
Hujan bertambah lebat. Kena tunggu hujan reda sikit barulah boleh round round sekitar taman tu. Berbaju hujanlah kami di sana. Alhamdulillah tak lama lepas tu hujan pun berhenti. So, misi diteruskan.
Agak kecewa sedikit sebab bunga-bunga ala-ala 'rambutan' tu belum kemerahan lagi. Plus cuaca mendung so gambar captured pun tak cun. Huhu..😑
But syukur sangat berpeluang jejak kaki di sana. Bila kenang balik, bukan semua orang rasai pengalaman berhujan kat Jepun kan. So, apa-apa pun saya tetap rasa bersyukur.
Tempat tu agak luas sedikit, so kena cepat-cepat jalan, risau tengah jalan tu hujan turun lagi. haa memang lencun habislah jawabnya.
Korang yang nak ke Jepun, bolehlah masukkan Hitachi Seaside ni dalam list korang ye. Tapi sebelum ke sana, sila study cuaca pada ketika itu. Walaupun cuaca ni tak boleh diramal sekurang-kurangnya kita dah ready bagi sebarang kemungkinan. Ye tak??😊
Tu je nak share. Harap dapat sedikit sebanyak info, walaupun rasanya takde pun.😅
Apa-apa pun thanks sudi baca entry saya ni.
Terima Kasih
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551
Comments
Post a Comment