Wanita yang dikagumi

Wanita yang dikagumi
Photo Credit : google.com

Mak.

Wanita yang paling saya kagumi. Membesarkan kami dengan sabar. Banyak berkorban dan sentiasa memberi inspirasi buat kami.

Kehilangan dua anak yang disayangi bukanlah mudah. Apatah lagi bagi wanita bergelar ibu.

Pemergian kakanda ketika mak mengerjakan haji dan tidak sempat melihatnya buat kali terakhir. Ibu mana yang tidak terkesan dihati?

Namun mak tidak menunjukkan kesedihannya di hadapan kami. Kuat sungguh hatinya.

Dan pemergian seorang lagi anakanda tercinta pada awal tahun 2017 baru baru ini. Sekali lagi meruntun hati. Kali ini, pemergian kakak dipangkuan mak sendiri.

Allah, betapa berat ujianNya. Saya pada ketika itu berada diperantauan. Mendengar cerita sahaja sudah membuatkan hati ini rapuh, apatah lagi ibu pada ketika itu.

Namun, yang pergi tetap akan pergi. Kita yang masih hidup haruslah teruskan perjuangan. Kehilangan itu suatu ujian hati dan iman. Allah maha mengetahui setiap sesuatu.

Saya berdoa semoga Allah sentiasa melindungi dan memberi kesihatan buat mak.

Kami sayang mak. Kami mahu melihat mak sentiasa sihat dan bahagia di samping anak-anak mu. 😘💖

Coretan Hati.

xoxo
miss fiza

Beauty&Health

Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)