Resepi Agar-agar Anggur Berkuah
Bulan puasa ni , macam-macam resepi kita nak cuba kan. Kadang tu tak tahu nak buat menu apa untuk bersahur dan berbuka.
Sama la macam saya, buntu nak sediakan apa untuk juadah berbuka. Tengok juga apa yang ada kat dapur. Nampak ada satu paket serbuk agar-agar. Tapi kalau buat agar-agar kosong je rasa tak menarik pula. Amboii,,
Dan bermulalah pencarian di google. Macam-macam resepi ada tapi bahan-bahan pula takde. Teringat pula buah anggur kat dalam peti sejuk. Ok, otak mula berfikir buat resepi #hentamsajalajanjiada . hehehe
Resepi kuah tu saya refer kat google tapi saya ubah sedikit. Buat mengikut bahan yang ada je.
Resepi Agar-agar Anggur Berkuah
Bahan Agar-agar
1. Serbuk agar-agar
2. Buah anggur (ikut suka nak letak berapa banyak)
3. 800ml air kosong
4. 150gm gula pasir
5. Segelas susu (susu tepung yang telah dilarut dengan air)
Cara-cara
Kisar buah anggur dengan segelas susu. Kemudian ketepikan. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam kuali dan panaskan ke atas api dan kacau sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan kisaran buah anggur. Kacau rata.
Sejukkan untuk beberapa minit sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
Bahan-bahan Kuah
1. 2 gelas air kosong
2. Satu tin susu cair
3. 1 sudu besar tepung kastard
4. 1 sudu teh esen vanilla
5. secubit garam
6. 4 sudu besar gula (boleh kurangkan jika tak nak manis)
Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali dan panaskan ke atas api yang sederhana. Kacau sehingga mendidih.
Sejukkan untuk beberapa minit sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
Apabila kedua-duanya telah sejuk, bolehlah disatukan dan dihidang :)
Haa, ni lah resepi #sukahati saya.. haha.. kalau rasa nak cuba, dialu-alukan. Sedap tau, rasa anggur. Ditambah pula dengan kuah tu..emmmm...sejuk-sejuk lagi sedap.
Harap resepi yang saya kongsikan ni dapat membantu anda yang tengah buntu tak tau nak buat juadah apa untuk berbuka nanti.
Selamat menjalani ibadah puasa.
Selamat mencuba.
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551
Comments
Post a Comment