REZEKI

Rezeki Allah itu luas

REZEKI

Rezeki ni bukan wang ringgit je, tapi Allah hadirkan rezeki buat kita dalam pelbagai bentuk.

Kita nak lain, tapi Allah bagi yang lain.

Kita nak rezeki duit tapi Allah bagi rezeki kesihatan, rezeki harta benda, rezeki makanan dan macam-macam lagi.

Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Mungkin apa yang kita nak Allah beri lambat sedikit. Mungkin dia nak tengok kesungguhan kita 'meminta' padaNya.

Ada orang, Allah makbulkan doanya cepat sekali. Ada orang pula berdoa setiap hari, berbulan-bulan, bertahun-tahun, tapi doanya belum dimakbulkan lagi.

Bila jadi macam tu, sentiasalah bersangka baik padaNya. Jangan putus asa. Jangan berhenti meminta padaNya. Jangan berhenti berdoa padaNya. Allah Maha Mengetahui. Dia tahu bila Dia perlu makbulkan doa kita.

Tengok macam Dato Siti Nurhaliza. Bukan setahun tapi 11 tahun menanti kehadiran cahaya mata. Kagum dengan kesabaran Dato Siti Nurhaliza yang tidak jemu berdoa, tidak jemu meminta, tidak jemu berharap. Bila Allah makbulkan doanya, MasyaAllah sungguh indah sekali. Bukan Dato Siti Nurhaliza je yang gembira malah semua rakyat Malaysia bahkan peminat-peminatnya dari luar negara turut gembira dan bersyukur dengan kehadiran si comel pipi merah :).

Jadikan kesabaran Dato Siti Nurhaliza sebagai inspirasi buat kita. Jangan pernah mengalah. Allah is The Best Planners.

Kuncinya SABAR.

Jadi, jangan berhenti berdoa. Jangan putus asa kalau apa yang kita nak belum dimakbulkan. Teruskan berdoa. Jangan pula kita lupa untuk mensyukuri setiap pemberianNya.

Jangan lupa ucap Alhamdulillah.

Sekian coretan di tengahari 😅
Terima kasih kerana sudi membacanya :)

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)