Tips Penjagaan Wajah

Tips Penjagaan Wajah
Photo Credit : pixabay.com
Banyakkan minum air kosong

Banyak manfaatnya bila kita banyakkan pengambilan air kosong. Sehari lebih kurang 2 ~ 3 liter air. Tapi ni pun ada sukatannya, mengikut berat badan masing-masing. Kalau tak boleh ikut sukatan tu, memadai la ambil 8 gelas air kosong sehari.


Melakukan aktiviti riadah atau bersenam

Contoh, jogging dihujung minggu atau berkebun dihalaman rumah. Paling senang, korang pasang video zumba ke joget ke, haa ikut la menari. Bagi badan korang tu gerak-gerak sikit, bagi peluh tu keluar. Bersenam, bersukan atau beriadah akan meregangkan otot-otot dalaman dan bantu tingkatkan peredaran darah. Bila kita berpeluh, toksin dalam badan akan terembes keluar. 

Masker semulajadi

Guna bahan-bahan semulajadi. Korang google je memang macam-macam keluar. Paling mudah buat masker buah. Contoh buah tomato. Buah tomato ni terkenal dengan kebaikannya pada kulit. Buah tomato mengandungi tinggi vitamin C sebagai antioksidan. Nak buat masker tu mudah je, korang bersihkan buah tomato tu. Kemudian kisar atau lumatkan. Bersihkan muka korang sebelum letak kat muka. Dah bersihkan, gosok sedikit masker tu secara perlahan-lahan kat kulit korang. Lepas tu baru lumur dan biar beberapa minit. Dah kering bilas dengan air. Buat dalam 2 atau 3 kali seminggu. Kalau 'tak rajin',  sekali seminggu pun jadi la.

Kurangkan makan makanan ringan

Makanan jajan ni biasanya mengandungi pengawet, pewarna dan perisa yang tidak baik untuk kesihatan kalau korang makan banyak sangat tau. Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat sekaligus menghasilkan insulin yang banyak. Insulin tersebut akan mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen yang mengakibatkan jerawat tumbuh.

Kebersihan rambut dan persekitaran

Jangan tak tahu, rambut yang tak bersih pun punca masalah kulit. So, rajin-rajin la bersihkan rambut. Lagi-lagi yang memiliki rambut yang panjang. kadang-kadang tu rambut akan 'singgah' kat muka kan. Betul tak? Kulit muka ni sensitif tau. Tak boleh sentuh suka hati. Nak pegang pun kena pastikan tangan tu bersih. Kalau rambut yang tak bersih lepas tu terkena pula kat muka, haa 'singgah' jugak la bakteria tu kat muka. Betul tak? Pastikan juga persekitaran bersih. Contoh bantal dan selimut. Ni yang selalu kita guna dan 'paling dekat' dengan muka kita. Tuala untuk lap muka pun kena sentiasa bersih. Pastikan sentiasa berganti ye. Bukan ganti baru kena beli yang baru, tapi ganti yang bersih. Basuh yang sebelumnya. 

Selain tu lakukan hobi korang untuk hilangkan atau kurangkan stress. Kalau suka memasak, buatlah. Suka menjahit, menjahit la. Suka baca novel, bacalah. Pastikan ada 'me time' untuk diri sendiri. Suka bercuti, pergi la. Buat hobi yang akan buat anda 'lari' dari tekanan. 

Amalkan pengambilan Suplemen

Pengambilan suplemen ni banyak membantu tingkatkan kesihatan kulit. Suplemen atau makanan tambahan bantu menampung kekurangan nutrien dan zat yang berkhasiat yang diperlukan dalam tubuh kita. Contohnya kolagen. Kita sedia maklum kolagen ni sangat diperlukan untuk memastikan kulit sentiasa anjal dan sihat. Tapi kuantiti kolagen dalam tubuh kita akan semakin berkurang seiring dengan peningkatan usia kita. Sebab tu kita perlukan kolagen tambahan. Dan salah satu cara nak dapatkan kolagen tambahan ialah suplemen.

Suplemen ni berlambak kat pasaran. Kena pandai pilih yang betul-betul selamat. Jangan main beli je. Nampak produk viral, gatal tangan nak beli. Tak semak pun kandungan dalam produk tu. Tak boleh macam ni. Kena hati-hati memilih suplemen. Sebab semua tu masuk dalam perut kita. Apa-apa, tubuh kita yang jadi mangsa. Nak ke? So, kena bijak memilih.

Nak produk yang SELAMAT dan BERKESAN

PILIHLAH SHAKLEE. Kenapa Shaklee? Boleh baca entry di bawah untuk tahu lebih lanjut tentang SHAKLEE.

THE SHAKLEE DIFFERENCE

Nak cuba suplemen Shaklee untuk kulit yang sihat? Banyakkkk...

Tapi boleh cuba yang asas ni. Klik link di bawah.

SET ASAS KULIT CANTIK SHAKLEE

Bagi yang nak buat tempahan jangan segan hubungi saya 😊

atau

BELI SECARA ONLINE DISINI

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)