Tips Pemakanan Kanak-kanak
Photo Credit : premiernursery.co.uk |
Jom lihat beberapa tips pemakanan bagi kanak-kanak di bawah.
Sarapan sebagai suatu keutamaan
Mulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat. Galakkan anak-anak anda untuk bersarapan sebelum ke sekolah, duduk dan makan bersama mereka. Tidak perlu makanan panas yang rumit, cukup sekadar makanan biasa yang mudah dibuat seperti telur dan roti bakar, bijirin gandum penuh dengan susu atau oat dengan buah-buahan adalah pilihan yang sihat untuk sarapan cepat dan berkhasiat.
Pek Snek Sihat dan Berkhasiat
Anak-anak anda mungkin lapar pada waktu akhir persekolahan. Anak-anak yang lapar berkemungkinan besar akan makan snek tidak sihat seperti makanan ringan atau cenderung makan terlalu banyak. Jadi bekalkan snek sihat untuk mengurangkan rasa lapar mereka. Pilihan terbaik adalah dengan menyediakan snek, kekacang seperti walnut atau badam dan buah-buahan seperti epal dan pisang. Dengan cara ini, anak-anak anda tidak akan berasa terlalu kenyang ketika sampai di rumah untuk makan tengahari atau snek tengahari.
Sediakan Makanan Tengahari yang menyeronokkan
Walaupun sekolah menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman, dinasihatkan untuk memberi bekalan snek sihat untuk anak-anak anda supaya mereka mendapat semua nutrien yang mereka perlukan sepanjang pagi. Tukar sandwic yang membosankan menjadi makanan yang sihat dan menyeronokkan dengan menukar roti putih kepada roti gandum penuh atau gulungan tortilla gandum. Selain salad, cuba tambah parutan lobak merah atau kepingan avokado dengan daging ayam atau kepingan daging ayam belanda.
Anda juga boleh menyediakan makanan yang dihias dan dibentuk dengan lebih kreatif. Cara ini telah lama dipraktikkan oleh warga Jepun, dan disebut sebagai 'bento' yang bermaksud 'lunch box'. Pelbagai hiasan yang kreatif, anda boleh google untuk mendapatkan idea yang lebih menarik.
Kanak-kanak lebih cenderung pada hiasan yang menarik. Dengan cara ini akan lebih menarik minat anak-anak anda.
Suplemen yang Selamat
Walaupun makanan menyediakan anak-anak anda tenaga yang mereka perlukan, agak sukar apabila anak-anak anda memilih makanan. Lebih-lebih lagi jika anda sentiasa sibuk dan mempunyai sedikit masa untuk menyediakan makanan sihat untuk anak-anak anda.
Apabila anak anda tidak mahu atau tidak boleh makan mengikut hidangan yang disyorkan, beralih kepada suplemen untuk menutup jurang nutrien. Pilih Shaklee Vita-Lea® For Children, lengkap dengan 18 vitamin dan mineral penting, memberikan spektrum mikronutrien yang luas untuk kekal kuat dan sihat!
💕 Mengandungi 19 nutrien penting bagi perkembangan sihat tubuh kanak-kanak.
💕 Mengandungi vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia.
💕 Berasaskan phytonutrien semulajadi.
💕 Memberikan 100% nilai harianvitamin C.
💕 Diperkaya dengan sumber buah oren, anggur dan campuran perisa beri.
💕 Kaya dengan sumber antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh.
💕 Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti.
💕 Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi.
Untuk tempahan Vita-Lea® For Children hubungi 0193901309 atau beli secara online dengan menekan link di bawah.
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551
Comments
Post a Comment