Tips Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak
Photo Credit : theodysseyonline.com |
Kali ni saya ingin kongsi beberapa tips penjagaan kesihatan kanak-kanak.
Jom lihat di bawah.
TIPS PENJAGAAN KESIHATANA KANAK-KANAK
Kerap basuh tangan
1. Jadikan membasuh tangan sebagai rutin dan tabiat anak-anak anda kerana ia merupakan tempat yang paling banyak mengandungi bakteria.
2. Ajar anak cara membasuh tangan yang betul dengan menggunakan air dan sabun.
3. Ini penting untuk mengelakkan bakteria merebak apabila mereka menyentuh mata, hidung dan mulut yang mudah dijangkiti penyakit.
Bekalkan makanan sihat dan seimbang
Makanan yang disediakan di sekolah/rumah biasanya perlu ada kawalan dalam menggunakan perasa dan pewarna tiruan yang tidak sihat untuk tumbesaran kanak-kanak.
Contohnya fast food (makanan segera) dan bergoreng yang menjadi kegemaran mereka seperti nugget, ayam goreng dan sebagainya.
Galakkan mereka mengambil buahan dan sayuran kerana khasiatnya sangat baik untuk tumbesaran mereka.
Jadi apa kata luangkan sedikit masa setiap pagi dan siapkan bekal anak anda dengan makanan yang berkhasiat dan seimbang? demi kesihatan anak anda.
Minum air masak
Biasakan anak-anak membawa sebotol bekas air masak ke sekolah. Mungkin ada yang
tidak sedar bahawa air kosong membantu dalam proses pengangkutan darah ke seluruh
badan.
Peredaran darah yang lancar akan membawa oksigen ke seluruh badan sehingga ke otak.
Oksigen yang cukup untuk badan seterusnya menyebabkan otak anak anda menjadi cerdas dan pintar. Selain memastikan badan sentiasa terhidrat serta mengelakkan sembelit.
Galakkan anak-anak anda mengambil air masak berbanding minuman manis dan bergas.
Suplemen tambahan
Cara terbaik memastikan anak-anak mendapat sumber vitamin dan mineral yang cukup selain dari pemakanan sihat dan seimbang adalah dengan memberikan supplemen tambahan.
Pastikan suplemen yang selamat dan beri khasiat yang mencukupi untuk tubuh anak anda.
Pengambilan vaksin
Vaksin sangat penting kepada anak-anak kerana mereka merupakan kelompok yang mudah terdedah kepada penyakit.
Pastikan anak ada mendapat vaksin mencegah jangkitan bakteria dan virus yang kini terdapat di dalam program imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ini penting supaya badan anak anda dapat melawan kuman yang berjangkit pada badan sekali gus mencegah daripada penyakit berbahaya.
Persekitaran sekolah dan rumah yang bersih
Ibu bapa perlu rajin membuat pembersihan kawasan persekitaran.
Begitu juga pendidik mahupun pengetua sekolah , perlu memastikan persekitaran ruang aktiviti keseluruhannya bersih.
Kerjasama ibu bapa dan komuniti memastikan kebersihan sangat penting contohnya terlibat dalam program gotong royong.
Cara ini sedikit sebanyak dapat menyelamatkan anak anda dari ancaman bahaya penyakit.
Diharap perkongsian di atas dapat membantu anda dan dijadikan sebagai rujukan bagi anda yang sentiasa ambil berat tentang kebersihan dan kesihatan anak-anak anda.
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551
sangat setuju. banyak daripada kita inginkan cara yang extravaganza. Hakikatnya, untuk kekalkan kesihatan ia bermula daripa routine harian seperti basuh tangan :). amalkan yang ni inshallah akan nampak perbezaannya
ReplyDelete