Posts

Showing posts from August, 2018

Kebaikan Omega-3 untuk minda

Image
Photo Credit : 123rf.com Tahukah anda Omega-3 sangat baik untuk meningkatkan kesihatan otak sekaligus meningkatkan prestasi minda anda? Apakah kebaikan Omega-3 untuk minda? Meningkatkan Prestasi Mental Pengambilan Omega-3 meningkatkan prestasi mental. Ianya mempunyai kesan positif terhadap pemikiran, memori dan tumpuan terhadap pemikiran. Selain itu, Omega-3 juga menyokong pembelajaran yang optimum dan kemampuan membaca. Omega-3 juga membantu meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum. Memperbaiki mood secara positif Penyelidikan telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA & DHA bantu meningkatkan kepadatan otak yang mengawal mood dan emosi. Omega-3 bantu membangkitkan mood dan meningkatkan kesejahteraan emosi secara menyeluruh. Menggalakkan perkembangan otak yang sihat pada bayi semasa tempoh kehamilan dan awal kelahiran Omega-3 khususnya DHA merupakan salah satu elemen penting untuk otak. Pengambilan Omega-3 yan

Omega-3 bantu lancarkan pergerakan sendi

Image
Photo Credit: 123rf.com Tahukah anda? Sendi adalah sambungan antara dua tulang memudahkan pergerakan seperti memusingkan kepala, menggerakkan pinggul, membengkokkan siku, berjalan, melompat dan sebagainya. Namun, semakin menigkat usia kita, terdapat sedikit kesakitan dan keperitan yang mungkin boleh menjejaskan aktiviti harian kita. Bagaimana Omega-3 membantu? Bertindak sebagai pelincir sendi Pelincir sendi terhasil secara semulajadi oleh sel pelincir tertentu pada bahagian sendi anda. Omega-3 juga bertindak umpama pelincir yang digelar cecair sinovial yang melindungi dan melincirkan sendi. Ianya juga membolehkan pergerakan sendi yang selesa dan membolehkan sendi yang sakit dan berkeriut bergerak dengan bebas. Atasi masalah keradangan Keradangan adalah punca utama sakit sendi. Ia boleh menjejaskan sendi anda dan menyebabkan sendi membengkak, menjadi merah dan sakit. Omega-3 dipercayai berkesan untuk mengatasi keradangan dengan membantu mengurangkan penegluaran eiko

Vivix Shaklee bantu meremajakan kulit

Image
Photo Credit : plannersweb.com Semua inginkan sentiasa kelihatan muda. Walaupun hakikatnya usia semakin menginjak dan kulit mulai menunjukkan tanda-tanda penuaan. Faktor tertentu juga mengakibatkan penuaan berlaku dengan lebih cepat dari sepatutnya. Apakah faktor-faktor yang mencepatkan proses penuaan dan bagaimana cara untuk menentang atau melambatkan proses penuaan tersebut? Kajian mendapati penuaan bermula dari sel anda. Kesihatan sel sel boleh dilihat melalui penampilan dan bagaimana kita rasainya. Namun sel sel tersebut sering mengalami kerosakan akibat daripada terdedah kepada radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan komponen sel seperti DNA, dan merangsang keradangan, yang mengakibatkan berlakunya penuaan sel. Namun tahukah anda, Resveratrol dan Polifenol menunjukkan kemampuannya untuk menentang serangan radikal bebas sekaligus menentang proses penuaan dari peringkat sel lagi? Kajian makmal turut menyarankan bahawa polifenol yang dihasilkan dari campuran an

Gabungan Polifenol yang sempurna

Image
Tahukah anda? Resveratrol terkenal dengan kebaikannya terhadap kesihatan tubuh badan kita. Ianya adalah sebahagian daripada bahan semulajadi yang dikenali sebagai polifenol. Resveratrol banyak ditemui di dalam tumbuh-tumbuhan termasuk kulit anggur merah dan tumbuhan asia seoerti polygonum cuspidatum. Gabungan beberapa polifenol akan menghasilkan hasil yang sangat menakjubkan terhadap kesihatan tubuh dimana ianya penting untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan serta melindungi sel-sel dalam badan dari kerosakan radikal bebas. Ketahui Tumbuhan-tumbuhan yang kaya dengan polifenol Anggur Muscadine (Muscadine Grape) • Anggur luar biasa dengan satu kromosom tambahan • Mengandungi asid elagik dan elagitanin. • Menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel yang tidak normal. • Memanjangkan umur dan pengeluaran tenaga pada peringkat sel. • Mengawalatur tahap glukosa darah yang sihat. Polygonum Cuspidatum ( Japanese Knotweed) • Mengandungi resveratrol • Menggalak

GLA Complex Shaklee bantu melembapkan kulit

Image
Bagaimana GLA membantu melembapkan kulit? GLA adalah asid lemak omega-6 penting yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin. Ianya bahan yang membantu mengawal pelbagai fungsi tubuh, termasuk kesihatan kulit anda. Keistimewaan GLA Shaklee Diperolehi daripada minyak borage yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap. Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit. Kebaikan GLA Shaklee Herba tradisi yang dipercayai Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya digunakan bagi merawat ulser, megeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina. Mengurangkan keradangan kulit Ianya membantu mengurangkan keradangan kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan

Polifenol bantu kekalkan tahap glukos dalam darah

Image
Polifenol adalah sekumpulan bahan semulajadi dimana ianya terdapat di dalam tumbuhan dan buahan. Ianya juga berfungsi memberi warna sambil melindungi dari sebarang penyakit. Polifenol memainkan peranan penting dalam membantu mengekalkan, memelihara dan melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas termasuklah mengekalkan tahap glukos darah yang sihat. Tahap glukos darah bergantung pada jenis dan jumlah makanan yang diambil, serta berapa efektif badan anda menghasilkan dan menggunakan insulin yang mengangkut glukosa ke dalam sel anda. Pengambilan makanan manis yang tinggi kandungan gula akan menyebabkan tahap glukos dalam darah meningkat dan ini menjadi punca kepada penyakit yang berkaitan seperti penyakit diabetes. Jika ianya tidak dikawal, kesihatan anda dalam keadaan bahaya, oleh itu anda haruslah menjaga tabiat makanan anda. Pastikan anda mengambil berat tentang pengambilan makanan anda. Semakin sihat tahap glukos anda, semakin rendah risiko anda men

Pengalaman ke Hitachi Seaside Park Tokyo Jepun

Image
Photo Credit : jpninfo.com Salah satu tempat kunjungan semasa trip ke Jepun saya sebelum ni ialah Hitachi Seaside yang terletak di Tokyo. Sebelum ke sana memang google habislah tempat ni. Memang tak sabar nak ke sana. Tengok gambar-gambar kat google  je pun dah buat saya teruja. Cantik kut.😍 Memandangkan kitorang bermalam di Osaka, so nak ke Tokyo kena naik bas lah. Bertolak malam dan sampai kat Tokyo pada keesokan harinya. So , sepanjang dalam bas tu memang Zzzz😪 je la. Dah sampai, kitorang bersihkan diri kat station tu (lupa nama station ). Then bertolak untuk ke Hitachi Seaside ni. Masa saya ke sini, musim autumn baru bermula. Dan sepanjang disana ada beberapa kali jugak la hujan turun. So, memang mencabar jugakla.😥 Trip kali ni agak adventure bagi saya sebab lebih banyak berjalan kaki dan naik public transport . Nak ke satu station pun kena jalan jauh tau. Dah tu agak mencabar jugak sebab banyak tangga yang perlu di daki. Huh dah banyak kalori aku terbakar.🙃 O

Kenali Garlic Complex Shaklee

Image
Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba ( Rosemary dan spearmint ). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya didalam tubuh. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar. Kebaikan Garlic Complex Shaklee Antibiotik semulajadi dan selamat - garlic merupakan antibiotik semulajadi. Ianya selamat digunakan untuk jangka masa panjang bagi mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit seperti selsema, kulat, kuman, virus, dan yis candida. Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan Kadmium adalah logam toksik yang akan meyebabkan tekanan darah meningkat. Garlic Complex juga mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia. Menghalang alergi - meningkatkan sistem imun dan menghalang hidung sensitif, sinus, alergi dan selsema.

Kebaikan Nutriferon Shaklee

Image
Nutriferon Shaklee adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh pihak Shaklee. Nutriferon terkenal dengan kebaikannya yang membantu meningkatkan tahap sistem imunisasi tubuh. Jom ketahui kebaikan Nutriferon Shaklee dibawah; Kebaikan Nutriferon Shaklee Mengukuhkan Sistem imunisasi/pertahanan badan dalam masa 3 hari -  Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan -mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh : T-cells, B-cells, makrofag. Mengurangkan stress dan kelesuan - nutriferon bertindak dengan meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk. Mengurangkan simptom PMS - Terbukti secara klinikal bahawa nutriferon bantu mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan yang berlaku ketika haid, sakit belakang, masala

5 kebaikan menderma darah

Image
Photo Credit : redbubble.com Pernah menderma darah atau teringin melakukannya? Sebenarnya menderma darah bukanlah sesuatu yang menakutkan malah ianya suatu amalan yang mulia. Tahukah anda, dengan menderma darah, anda boleh menyelamatkan beberapa nyawa? Darah anda sangat diperlukan bagi mereka yang sangat memerlukannya. Penderma darah sangat dialu-alukan agar bank darah sentiasa mencukupi dan dapat membantu mereka disaat kritikal dan kecemasan. Jom ketahui beberapa kebaikan apabila anda menderma darah 1. Ketahui jenis darah Sebelum menjalani proses menderma darah, ujian ke atas darah anda akan dilakukan. Di sini anda akan mengetahui jenis darah anda samada jenis darah A, B, AB atau O. 2. Ketahui risiko penyakit berbahaya Setelah darah anda diambil, darah anda akan ditapis dan disinilah anda akan mengetahui perkembangan kesihatan anda. Sekiranya anda menghidap sesuatu penyakit yang berbahaya seperti HIV, hepatitis atau sebagainya, anda akan dihubungi dan langkah seterusny

Pengalaman membeli-belah di Namdaemun Korea

Image
Kali ni nak share pengalaman shopping kat Namdaemun. Ok, bagi kaki shopping korang akan rasa heaven la sebab memang banyak benda menarik dan rambang mata dibuatnya. Tapi sila sediakan bajet untuk shopping tu lebih sikit sebab risau korang menyesal tak beli sepuasnya. 😆 Tapi kalau korang ke Korea bukan berniat nak shopping jangan lama-lama kat Namdaemun ni, risau tak kuat iman😅. Lepas beli apa yang korang nak, terus blah. 😁 Kat Korea ada banyak tempat menarik nak shopping tapi ini adalah salah satu tempat yang ramai pengunjung especially foreigner yang nak beli souvenir . Macam-macam ada. Keychain,T-Shirt I Love Korea, dan banyak lagi lah.😍 Nak beli brooch pun ada tau. Tapi saya beli sikit je. Balik Malaysia baru saya tahu ramai juga yang berminat brooch Korea tu. Dalam hati 'laa apsal aku tak borong banyak-banyak, boleh jual balik'. Ok, next time datang sini lagi kena borong la nampaknya. 😄 Actually kat sana saya nak beli kasut boot. Memang da

Belajar Buat Kimchi di Korea

Image
Alhamdulillah masa bercuti ke Korea pada tahun 2014 lalu, saya dan geng trip ke sana berpeluang belajar cara-cara membuat kimchi, iaitu makanan tradisional orang korea.  Tempat ni terletak di kawasan Myeongdong, Seoul Korea Selatan. Seawal pagi lagi kami dah berlegar-legar di kawasan tu. Kedai-kedai pun tak bukak lagi cik kak oii 😅. Lengang je. Tapi ok jugak la, boleh la round round area tu, cuci-cuci mata, walaupun kedai tak bukak lagi. Exercise kaki.🙊 Kalo tak silap around 9 a.m kut akademi tu buka. Sampai je kat sana kitorang disambut oleh si gadis manis yang cun cantik lawa, siap berpakaian tradisional korea.  Memandangkan kitorang ni datang terlalu awal, preparation untuk buat kimchi & sebagainya pun tak siap lagi, so kitorang pun duduklah menunggu. Tapi tak lama, after that si gadis korea tu suruh kitorang pilih costume Hanbok yang kitorang berkenan.😍 Excited jangan cakap la. Memang teruja. Ya, kat sana bukan sekadar belajar buat kimchi je tau, t

Petua menambah susu ibu

Image
Photo Credit : pngtree.com Menjadi impian bagi semua para ibu agar dapat memberi susu ibu yang mencukupi bagi bayi mereka. Namun, bagi sesetengah para ibu, menyusu tidak berlaku secara semulajadi kerana ia memerlukan masa dan penyesuaian untuk menyediakan sumber makanan terbaik untuk bayi. Kali ni saya kongsi beberapa petua bagi para ibu bagaimana untuk mendapatkan yang terbaik agar bayi anda mendapat nutrisi yang optimum. 1. Minum Banyak Air Susu anda terdiri daripada 90% air. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari bagi memastikan anda mempunyai cecair yang mencukupi untuk menghasilkan susu ibu untuk bayi anda. 2. Makan jumlah protein yang mencukupi Seseorang ibu yang menyusukan bayi perlu pastikan mengambil jumlah protein yang mencukupi iaitu dua kali lebih banyak daripada wanita yang tidak menyusukan bayi. Pilih makanan yang selamat dan tinggi protein untuk menghasilkan dan mengekalkan bekalan susu anda. 3. Emosi yang stabil Emosi anda memberi kesan ter

Minuman Pemberi Tenaga

Image
Photo Credit : shutterstock.com Kali ni saya nak share minuman pemberi tenaga khas buat korang yang asyik rasa letih, lemah, tak bertenaga dan khas buat mereka yang aktif dan perlukan tenaga sepanjang hari. Tenaga ni penting supaya kerja-kerja seharian kita lebih produktif, betul tak? Kalau asyik lemah tak bermaya, kita pun malas nak siapkan kerja. Bila malas , kerja asyik tertangguh. Sudahnya tak siap dan biar macam tu je. So , untuk mengelakkan korang malas dan kerja tak siap, kena cari inisiatif lain. Antaranya ialah makan makanan berkhasiat, yang kaya dengan nutrien penting, yang kaya dengan polifenol dan resveratrol penggalak tenaga harian. Selain itu, korang kena rajin bersenam. Bersenam penting agar dapat mengekalkan stamina pada tahap optimum. Suplemen. Ya, amalkan pengambilan suplemen atau makanan tambahan bagi menampung keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kita ni walaupun makan makanan berkhasiat setiap hari, belum tentu dapat memenuhi keperlua

Tiga Tahap Perlindungan Imun

Image
Photo Credit : dream.co.id Tubuh kita mempunyai tiga peringkat tahap pertahanan agar tubuh kita terpelihara dan tidak mudah diserang kuman atau bakteria. Tahap Pertama Peringkat pertama pertahanan tubuh adalah kulit, air mata, mukus, air liur, peluh, dan asid perut anda yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman, menghalang mereka daripada memasuki tubuh anda. Tahap Kedua Jika kuman berjaya melepasi peringkat pertama pertahanan tubuh, mereka akan menemui pelbagai jenis sel-sel imun, termasuklah sel darah putih dan sel-sel pembunuh semulajadi yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan badan. Protein isyarat imun yang digelar sebagai Interferon memainkan peranan penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindakbalas imun untuk melindungi anda dari serangan kuman. Tahap Ketiga Pada peringkat ini, tahap pertahanan ini bertindakbalas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan mengingatinya. Sekiranya ia menyerang badan anda lagi, ia

Apa itu sembelit?

Image
Photo Credit ; pngtree.com Sembelit adalah keadaan dimana usus anda jarang dikosongkan, tinja keras atau kecil, atau penyingkiran najis anda adalah sukar atau menyakitkan. Ianya boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Sembelit pada bayi sukar untuk di diagnosis. Mungkin ianya normal jika bayi anda buang air besar hanya setiap tiga atau empat hari. Dipercayai cara rawatan bagi bayi ini adalah dengan memberikan air tambahan. Kecenderungan untuk berlakunya sembelit boleh berlaku sepanjang hayat anda kecuali jika anda mengubah gaya hidup menjadi gaya hidup yang lebih sihat. Jika sembelit terjadi yang disebabkan buasir, merawat masalah utama mungkin membantu. Punca-punca sembelit Pengambilan serat yang tidak mencukupi Pengambilan cecair/air yang tidak mencukupi Faktor usia (tua) yang mengakibatkan kurangnya pergerakan Ubat-ubatan, ubat tahan sakit dan ubat anti-depresan Dehidrasi yang berpunca daripada penyakit Keadaan perubatan seperti sindrom keradangan usus, kalenjer

Nutrien yang merangsang sistem imuniti tubuh anda

Image
Photo Credit : pinterest.com 1. Protein menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki tubuh anda. 2. Vitamin & mineral membekalkan nutrien yang lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun. 3. Omega-3 membantu mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan dan gerak balas imun yang terlalu aktif. 4. Resveratrol dan polifenol bantu meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semulajadi semasa membaiki dan melindungi sel-sel DNA. 5. Vitamin C adalah 'otot' sistem imun. Ia menggalakkan fungsi-fungsi sel darah putih seperti mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing. 6. Karotenoid meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih. 7. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih. 8. Bunga Safflower, Biji labu, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago meningkatkan interferon secara semulajadi dan men

Polifenol baik untuk tingkatkan stamina

Image
Photo Credit : dailyhealthpost.com Tahap stamina anda penting untuk menentukan prestasi dan produktiviti anda sepanjang hari. Golongan dewasa terutamanya amat memerlukan tenaga untuk mengekalkan tahap stamina. Anda boleh mengembalikan semula stamina anda dengan Polifenol. Apakah itu POLIFENOL? Polifenol adalah sekumpulan sebatian yang dihasilkan dari tumbuhan dan buahan. Polifenol memberi warna sambil melindungi tumbuhan tersebut daripada penyakit dan jangkitan. Ianya merupakan antioksidan yang kuat dan perangsang tenaga di dalam sel dan meningkatkan kesihatan yang hebat. Dimanakah Polifenol boleh di dapati? Polifenol boleh di dapati melalui buahan seperti buah beri, ceri, delima, epal. Selain itu Polifenol juga boleh di dapati melalui kacang dan teh hijau. Campuran unik ini memberikan anda 16 jenis polifenol untuk meningkatkan stamina anda. Bagaimana Polifenol bertindak? Meningkatkan Tenaga Sel Sel kita mengandungi mitokondria yang dikenali sebagai 'penjana te