Kunci Dimewahkan Rezeki
Credit Photo : The Fundamentals of Islamic Faith |
Sebolehnya semua amalan tersebut dilakukan setiap hari dan konsisten.
Namun janganlah paksa diri, buat mana yang mampu sahaja, dan biarlah bersungguh-sungguh nak lakukannya.
Antara amalan yang boleh menarik rezeki ialah:
❤ Baca al-Quran
Sebolehnya baca setiap hari, walaupun hanya satu muka surat. Ianya lebih baik dari tak baca langsung, bukan?
❤ Solat sunat
Solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, solat hajat, solat dhuha, solat tahajjud, dan beberapa solat sunat lain.
❤ Zikir & berselawat ke atas nabi
Sangat mudah. Boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Tidak semestinya ketika selepas solat, namun kita boleh lakukan samada sedang berehat, sedang memandu, sebelum tidur atau bila-bila masa pada masa-masa yang sesuai.
❤ Bersedekah
Besedekah kepada ibubapa, kepada ahli keluarga, mereka yang tidak berkemampuan, kepada anak-anak yatim.
❤ Amalan-amalan sunat
Amalan-amalan sunat yang lain seperti berpuasa sunat.
❤ Mengeluarkan zakat
Dalam harta kita, ada hak orang lain. Janganlah diabaikan tanggungjawab ini. Dengan berzakat dapat membersihkan harta kita.
❤ Bantu mereka yang memerlukan
Amalan bantu-membantu sangat digalakkan didalam Islam, dan disukai olehNya. Oleh itu, ringankan beban mereka yang memerlukan. Bantuan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, boleh jadi dalam bentuk tenaga, makanan dan sebagainya.
❤ Berbakti kepada ibubapa
Kaya, berjaya atau sebaliknya, tanggungjawab terhadap ibubapa sangat diutamakan. Hubungan dengan mereka perlu dijaga. Sering bertanya khabar dan bantu apa yang patut. Jaga mereka sebaiknya.
Dan perkara-kara yang baik yang disukaiNya.
Berdoalah padaNya, minta padaNYa, Dia Maha Mendengar dan Maha Pemberi Rezeki.
Jom lakukan !
InshaaAllah dengan izinNya, dipermudahkan urusan kita dan dimewahkan rezeki buat kita.
Semoga perkongsian saya beri manfaat buat anda :)
Terima Kasih
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551
Comments
Post a Comment