TIPS MAKANAN SIHAT UNTUK KULIT CANTIK

Photo Credit : top10tale.com
Nak kulit yang cantik sihat, kenalah jaga pemakanan. Betul tak?

Tips makan makanan sihat untuk dapatkan kulit cantik :

🍇BUAH BERI
Buah beri mengandungi antosanin dan paras antioksidan yang tinggi. Antioksidan akan melindungi kulit daripada kesan buruk radikal bebas, pencemaran & pelbagai lagi.

Buah beri juga kaya dengan sumber fiber untuk membantu sistem penghadaman yang sihat serta Vitamin C yang bukan sahaja membantu meningkatkan sistem imunisasi, malah membuatkan kulit anda sihat berseri.

Radikal bebas akan menyebabkan kulit berkedut. Jadi, vitamin C & antioksidan akan kulit kita.

🥕LOBAK
Lobak tinggi dengan vitamin A, ia menghalang kerosakan daripada radikal bebas & membantu mengekalkan serta membina sel baru.

Anda boleh cuba makan lobak di antara ‘meal’ anda lebih-lebih lagi apabila anda teringin makan sesuatu yang manis, lobak tidak pernah mengecewakan.

🌿SAYURAN HIJAU
Sayur hijau tersangat-sangat penting untuk kulit anda. Sayur hijau sangat kaya dengan vitamin K yang mengekalkan keanjalan kulit, mengurangkan kesan penuaan & pembentukan kedutan.

🐟IKAN SALMON
Ikan salmon adalah salah satu sumber makanan yang tinggi Omega-3 fatty acid yang membantu melembut & melembabkan kulit.

Salmon juga memiliki selenium, iaitu mineral yang melindungi kulit daripada sinaran matahari. Vitamin D pada ikan salmon juga akan membuatkan tulang & gigi anda sihat.

🥑AVOCADO
Avocado diperkaya dengan lemak sihat & mengandungi vitamin C & E, kesemua ini membantu merangsang kulit yang sihat & nampak muda.

🍊🥝BUAH OREN & KIWI
Kedua-dua buah ini kaya dengan vitamin C, ia membantu mengurangkan kesan radikal bebas & meningkatkan sistem imunisasi badan.

🍅TOMATO
Tomato merupakan sumber terbaik antioksidan anti-penuaan lycopene.
Apa yang mengejutkan, lycopenen di dalam tomato lebih mudah diserap oleh badan apabila ia dimasak atau diproses. Jadi, pastikan anda menyimpan stok sos tomato organik & jus tomato.

🍠SWEET POTATO
Makanlah sweet potato sekerap yang boleh. Sweet potato padat dengan beta-carotene, iaitu antioksidan yang melawan penuaan.

💦AIR PUTIH
Air putih bukanlah sejenis makanan untuk kecantikan, tetapi ia sangat penting untuk diminum setiap hari bagi mendapatkan kulit sihat.

Air sangat penting untuk membuang segala toksin dalam badan. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air putih setiap hari.

Selain mengamalkan gaya pemakanan sihat, anda juga perlu memilih produk penjagaan wajah yang betul daripada produk yang semulajadi.

Di Shaklee, kami menyediakan Skincare Youth yang 100% vegan & bebas 1500 jenis bahan kimia berbahaya.

Jadi, anda boleh memilih skincare Youth sempena bulan promosinya sekarang. Jimat berbaloi-baloi.

Jangan lepaskan peluang. 😊

Boleh hubungi saya atau beli secara online

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)