Rezeki Allah itu luas

Rezeki Allah itu luas

Kita ni kadang-kadang tak sedar pun setiap rezeki yang Allah beri pada kita.

Bila sebut rezeki, ada yang fikir rezeki tu dalam bentuk wang ringgit je.

Rezeki. Rezeki bukan wang ringgit semata tapi rezeki dari Allah ni luas. Rezeki dari Allah ni dalam pelbagai bentuk. Sihat, keluarga bahagia, untung bisnes, hati tenang, dan macam-macam lagi.

Jadi, kita sebagai hambaNya kenalah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Dia berikan.

Bagaimana cara kita lahirkan rasa syukur ni?

✅ Patuh suruhanNya.
✅ Jauhi laranganNya.
✅ Tidak meninggalkan solat
✅ Banyakkan berzikir

Dan amalan-amalan rohani yang lain.

Bila kita sentiasa mengingatiNya, percayalah Allah akan sentiasa menjaga dan memelihara kita.

Tapi tu la kita ni kadang-kadang leka dan lalai terhadap perintahNya. Mudah lupa. Kadang tu ada yang dah berjaya, dah kaya, dah berada di tahap yang tinggi tapi lupa siapa Pemberi Rezeki.

Semoga kita dijauhkan.

Marilah sama-sama baiki diri, muhasabah diri. Sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah beri. Sentiasa bersyukur atas rezekiNya.

Jom tingkatkan amal ibadah. Saham akhirat kita disana nanti.
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)