Bahaya Bahan Terlarang Dalam Kosmetik

Bahaya Bahan Terlarang Dalam Kosmetik


Sebelum membeli atau menggunakan sesuatu produk, semak dulu kandungannya. Kenapa? Sebab dikhuatiri mengandungi bahan kimia terlarang.

Kita sebagai pengguna seharusnya lebih teliti dalam memilih produk-produk di pasaran bukan hanya dipengaruhi oleh iklan-iklan sahaja, bahan-bahan tersebut akan memberi kesan jangka masa panjang kepada pengguna produk kosmetik tersebut.

Jom kenali bahan-bahan yang terlarang tuh ⬇

Merkuri
Sebenarnya, kebanyakan krim pemutih di pasaran menggunakan merkuri didalam produk mereka.

Sama ada krim pemutih mahupun sabun/pencuci, penggunaan merkuri berlebihan boleh menyebabkan masalah kulit seperti kegatalan, alahan yang teruk, warna kulit menjadi pudar (discolouration) dan pengelupasan.

Malah yang lebih parah lagi apabila boleh menyebabkan juga masalah emosi seperti emosi tidak stabil, keresahan dan mempunyai masalah ingatan yang tidak baik.

Antara tanda-tandanya ialah pening, letih, menggigil dan kepenatan.
Masalah kesihatan akan berlaku sehingga boleh merosakkan buah pinggang, menakutkan bukan?. 😱

Tretinoin
Kebiasaannya doktor menggunakan tretinoin untuk merawat jerawat atau acne yang serius, Tretinoin akan menghakis lapisan kulit.

Kita akan dapat melihat kesannya iaitu kulit mengelupas, kering, merah, gatal-gatal dan sangat pedih. Bila terkena cahaya matahari kulit akan lebih menjadi sensitif, susah nanti nih. 😅

Hydroquinone
Hydroquinone adalah bahan yang digunakan untuk memutihkan, ia bertindak dengan menyekat pengeluaran melanin (bahan yang memberi warna pada kulit) yang akan membuatkan kulit akan menjadi cerah.

Dalam masa yang sama, ia telah menyebabkan kulit muka menjadi semakin nipis. Maka, Fungsi kulit sebagai perlindung daripada sinaran ultra ungu dan pancaran matahari akan terjejas.

Kulit akan menjadi kemerah-merahan dan rasa terbakar, itu jugalah salah satu penyebab terjadinya jeragat hitam pada kulit akibat kulit semakin menipis.

Selain itu, jika bahan ini menyerap ke dalam darah dalam kuantiti yang berlebihan. Ia juga akan menyebabkan masalah pendengaran seperti berdengung, menggigil, perasaan lemas, mual dan muntah, sakit kepala, sukar bernafas dan akhirnya boleh koma.

Masyaallah. Mohon dijauhkan.

Terdapat juga 4 bahan lain yang dilarang tapi masih digunakan dalam bahan kosmetik, iaitu :

Asid Azeolaik
Betamethasone
Lead
Dexamathamom

Jadilah pengguna yang bijak ya, buat pilihan dengan memikirkan jangka masa panjang.

Sila semak dahulu produk yang anda nak beli tu bebas bahan terlarang atau tidak, buat apa kita cantik luaran tapi terseksa dalaman.

Alhamdulillah, produk Youth Shaklee bebas daripada 1500 senarai bahan kima merbahaya.

Malah yang diragui pun Shaklee reject tau, bahan terlarang yang di atas tu memang awal-awal lagilah Shaklee dah tolak. 👍

Nak tempah Youth Shaklee??? Hubungi saya atau beli secara online

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)