Kebaikan Meal Shakes Shaklee Untuk Kanak-kanak


Kebaikan Meal Shakes Shaklee Untuk Kanak-kanak
Produk Shaklee bukan untuk orang dewasa je tau, tapi untuk kanak-kanak juga tau. Semestinya produk Shaklee beri banyak kebaikan dan manfaat.

Entry kali ni nak kongsi kebaikan Meal Shakes Shaklee untuk kanak-kanak.

Apa kebaikan Meal Shakes Shaklee ni?

Menyediakan nutrien yang lengkap bagi kanak-kanak
Meal shakes mengandungi 24 jenis vitamin penting dari vitamin A hingga Z dan mineral surih. Kekurangan vitamin akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin yang menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi Soya Lecithin yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

Bantu tingkatkan proses tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Sebagai agen detoksifikasi
Kaya dengan serat larut yang membantu untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. Mealshakes bantu cegah atasi masalah sembelit yang sering berlaku kepada kanak-kanak.

Menyediakan bekalan nutrien utama untuk sel 
Kaya dengan protein dan tidak mengandungi laktosa yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ, darah, sel-sel vaksin yang lain-lain. Meal shakes juga bantu tingkatkan sistem pertahanan kanak-kanak agar tidak mudah diserang penyakit.

Sebagai agen antioksidan
Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan komponen antioksida untuk melawan penuaan. Kanak-kanak juga mudah terdedah dengan radikal bebas yang boleh melemahkan sel badan mereka.

Rasa yang sedap
Meal shakes mempunyai rasa yang enak dan lazat dengan fruktosa semulajadi, penambahan nutrien yang perlu untuk badan. Yang penting selamat dan baik untuk kanak-kanak kerana tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Baik untuk kesihatan kulit
Mengandungi vitamin B-Complex, zat besi, dan copper untuk membentuk sel-sel darah merah yang sihat. Sekaligus meningkatkan warna kulit muka dan mencantikkan kulit anak anda.

Haa nampak tak banyaknya kebaikan Meal Shakes. Dah cukup bagi memenuhi nutrien dan khasiat buat anak-anak. Bancuh je dengan minuman kesukaan mereka. Sedap pun sedap.

Sebagai ibubapa yang prihatin mesti awak nak yang terbaik buat anak awak kan. Nak pastikan mereka dapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Kan?

5 Tips tarik minat anak anda untuk makan makanan berkhasiat
Macamana nak dapatkan Meal Shakes ni?

Boleh hubungi saya untuk tempahan atau beli secara online dengan menekan link di bawah.

BELI ONLINE DISINI
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)