Bahaya Pengambilan Gula Secara Berlebihan


Kita ni kalau takde gula rasa tak cukup je kan. Mesti nak manis manis jugak. Kalo sikit takpe , ni dah macam kenduri gula pun ada 😅.

Tapi tau tak, pengambilan gula secara berlebihan tidak digalakkan dan ianya boleh menjejaskan kesihatan tubuh? Jom baca antara kesan pengambilan gula secara berlebihan di bawah 👇

✅ Lemak di bahagian perut

Lemak akan terkumpul di bahagian lingkaran pinggang dan perut. Masalah ini juga boleh membawa kepada gejala obesiti atau kegemukan melampau.

✅ Diabetes

Kita sedia maklum, pengambilan gula secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes. Paras gula di dalam darah terlalu tinggi berbanding paras yang sepatutnya

✅ Masalah hati

Gula yang berlebihan boleh mengganggu fungsi hati dan boleh menyebabkan kerosakan hati.

✅ Merosakkan gigi

Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula boleh merosakkan gigi. Ini kerana gula boleh mewujudkan tartar dan boleh mengakibatkan gigi berlubang dan sakit gigi.

✅ Mempercepatkan penuaan sel

Gula putih dipercayai boleh menyebabkan penuaan sel berlaku dengan cepat.

Haa nak sihat jangan ambil gula secara berlebihan ok. Nak masak ke nak buat air ke pastikan ambil gula dalam kuantiti sedikit sahaja. Jangan 'tumpahkan' semua 😆.

Kurangkan juga pengambilan makanan dan minuman yang manis. Biar manis senyuman je  tau 😄. Amalkan pengambilan air kosong yang banyak. Boleh ke boleh? 😊

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)