Tips Detoks Lebih Berkesan
Jom tengok apa manfaat detoks.
✅ Buang toxin / bahan yang tak diperlukan tubuh.
Ni la tujuan utama proses detox, iaitu membuang toxin atau bahan-bahan yang tidak diperlukan tubuh. Toxin ni kalau 'simpan' lama-lama boleh membawa penyakit. Boleh menyebabkan masalah kesihatan. Sebab tu kita kena singkirkan. Tak nak ianya jadi parasit atau 'penghalang' aktiviti dan fungsi organ-organ dalaman tubuh kita.
✅ Tingkatkan sistem imun
Proses detox secara berkala dan betul membantu menguatkan sistem imun tubuh kita. Sekaligus meningkatkan fungsi sistem imun itu sendiri iaitu melawan jangkitan dan penyakit.
✅ Bersihkan sistem pencernaan
Semua makanan yang masuk tu kenalah lalu sistem pencernaan kan. Takkan terus-terus kat sistem buangan pula. So, bila dah lalu kat sistem pencernaan of course ada sisa yang ditinggalkan. Sisa yang tak diperlukan pun. Jadi, bila kita detok, apa-apa bahan yang tertinggalkan tu disingkirkan. Nak bagi salur pencernaan kita bersih dari sebarang sisa-sisa 'bahan buangan' dari 'bersarang' kat dalam tu.
✅ Mencegah risiko penyakit berbahaya
Bila toxin dan bahan yang tidak diperlukan disingkirkan, risiko serangan penyakit berbahaya juga dapat dikurangkan. Contohnya seperti masalah buah pinggang, penyakit jantung, obesiti, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
✅ Bantu mengurangkan keradangan
Antara gejala arthritis dan keadaan kronik yang lain dapat dikurangkan dengan menyahtoksik toxin yang berada di dalam badan. Herba dan Vitamin bantu bertindak sebagai anti-radang dalam program detoksifikasi.
Bau badan juga dikaitkan dengan keadaan toxin di dalam badan. Oleh itu, proses detoksifikasi bantu mengurangkan masalah bau badan.
✅ Bantu meningkatkan tenaga
Apabila tubuh 'berjaya' menyingkirkan toxin-toxin yang terkumpul, fungsi tubuh akan semakin meningkat sekaligus meningkatkan tenaga tubuh kita.
✅ Bantu menurunkan berat badan
Ini antara sebab mengapa digalakkan melakukan program detoks. Bagi mencegah masalah berat badan atau obesiti, detoks adalah amat disarankan. Lemak-lemak tepu yang terkumpul tu WAJIB disingkirkan.
Untuk pastikan program detoks yang anda lakukan lebih berkesan, ikuti tips dibawah:
Apa yang digalakkan ketika berdetoks?
Air - Pastikan anda banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Tidur - Tidur yang mencukupi dan berkualiti iaitu 7-8 jam sehari.
Senaman - Lakukan senaman dan regangan selama 30 minit sehari untuk membantu detoks anda.
Cara masak - Pilih cara masak yang sihat (grill, bakar, stim, goreng ringkas dengan sedikit minyak atau tanpa minyak)
Lapar - Jika terlalu lapar dengan menu detoks anda, dibolehkan tambah 1 jenis hidangan protein.
Apa yang harus dielakkan ketika berdetoks?
Tidak merokok / Minum alkohol - kurangkan atau tidak langsung melakukan keduanya.
Makanan yang dilarang - Air berkarbonat, gula, makanan diproses, makanan ringan.
Aktiviti harian - Elakan dari banyak aktiviti luar dan yang menyebabkan anda terlalu sibuk.
Semoga tips diatas bantu program detoks anda lebih berkesan dan beri kesan yang lebih positif terhadap kesihatan tubuh anda.
Ingat tau, detoks bukan untuk kurus semata-mata, tapi untuk tingkatkan tahap kesihatan agar lebih baik.
Nak cuba set detoks Shaklee? Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan di 0193901309 atau beli secara online DISINI.
Terima Kasih
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551
Comments
Post a Comment