Apa makna pengembaraan?

Apa makna pengembaraan?


"Lepas ni (travel) kemana pulak?"

Bila diajukan soalan ni, hanya mampu senyum. Kalau ikutkan wishlist, berderet ni 😅.

Pelan-pelan, plan satu satu. Cukupkan bajet, dah cukup terus ON 😁. Kadang yang tak plan tu pun ada gak 😆.

Apa makna pengembaraan? Bagi saya maksudnya terlalu luas. Hasil dari pengembaraan tu yang sangat penting.

Kadang orang travel ni sebab saja suka suka atau just nak berseronok nak hilangkan stress bekerja.

Betul. Saya pun berpendapat begitu. Tapi sebenarnya ada banyak yang saya peroleh semasa travel tu.

✅ belajar sesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran baru.
✅ belajar budaya baru
✅ belajar bahasa baru
✅ belajar cara nak plan sesuatu
✅ belajar urus masa
✅ belajar untuk terima partner seadanya
✅ belajar naik transport di tempat baru
✅ rasa makanan baru
✅ berdikari
✅ belajar conquer keadaan yang tak dijangka
✅ lebih yakin pada diri sendiri
✅ dapat kawan baru

Dan banyak lagi lah. Ada masa yang kita plan tak menjadi, so tukar plan lain. Kadang unexpected situation berlaku, so automatic kita pandai handle keadaan & otak ligat berfikir.

Ini selalunya terjadi bila travel 😅. Jadi pastikan sentiasa standby plan B C D dan seumpamanya bila plan A tak menjadi ya.

Tapi apa yang saya sedar, bila dah berada di tempat baru, di negara orang, jauh beribu batu dari keluarga, kita lebih bergantung kepadaNya. Kan? Masa ni banyak berdoa supaya semuanya berjalan lancar, supaya tiada apa2 yang berlaku. Kan? Hanya Dia tempat kita bersandar harapan.

Apa pula makna mengembara bagi anda?

Terima Kasih
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Sahklee
ID : 1122551

Comments

  1. memang syiok travel. macam2 boleh dapat. satu kepuasan bila dapat jejak kaki ke sana.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)