Pengalaman memakai hanbok di Seoul, South Korea

Annyeonghaseyo 😊.

Saya baru je balik dari trip ke Korea ngan member seminggu yang lepas. So, entry kali ni saya nak share pengalaman kami memakai pakaian tradisional masyarakat Korea iaitu Hanbok.

Nak tau lebih lanjut tentang pakaian ni boleh baca disini.

Hari kedua di bumi Korea kami dah plan untuk jalan-jalan sekitar Bukchon Hanok Village dan beberapa palace lain sekitarnya dengan memakai pakaian tradisional ni.

Kawasan sekitar ni memang berlambak kedai untuk sewa pakaian hanbok. Setiap kedai tawarkan harga dan pakej yang berbeza mengikut tema dan tempoh masa tertentu.

Dan kami memilih untuk sewa hanbok kat kedai Hanboknam. Nak tau lebih detail tentang pakej dan info lain kedai ni boleh klik disini.

Sampai je kat kedai ni, hambik ! kena beratur panjang 😑. Ya, panjang! Ramai jugak visitor yang pilih kedai ni, walaupun sekitar tempat tu memang banyak tempat untuk sewa hanbok.

Bila dah sampai turn kitorang, pilih pakej (kitorang pilih pakej for whole day, 20k won limit sehingga pukul 6 petang), bayar, then masukkan barang kat locker then naik tingkat atas untuk pilih pakaian yang kita nak. Part nak pilih ni pun ambik masa tau. Yela, nak cari yang berkenan dan sesuai, lagi lagi kalau perempuan yang bertudung ni, nak match dengan warna tudung tu pun ambik masa gak 😅. Tu belum part kena beratur untuk tukar pakaian pula 😏. Huh.

Ok, dah settle semua tu, bolehlah gerak cari port nak photoshoot. Tapi kena ingat la, kena pulangkan pakaian tu before pukul 6pm. Kalau tak, kena charge lebih la jawabnya.

Sana sini visitors pakai hanbok ni, so takde la rasa malu ke atau rasa janggal kan. Sampai tak tau nak beza, ni korean ke atau visitors.

Sekitar ni memang banyak palace. Kelebihannya bila korang pakai pakaian tradisional ni nak masuk mana-mana palace, tak perlu bayar entrance fee dah. It's free. Best kan. Cuma larat tak larat nak jalan je. But since saya dah makan suplemen Shaklee pagi tu, no hal lah. Jalan la sampai lebam. hahaha😂.. berlagak.

Nak tau suplemen apa saya bawa sepanjang travel ke Korea ni? Saya bawa vivix, coq-trol plus, vitamin c, chewable vitac plus, bcomplex dan beberapa suplemen shaklee yang lain. Penting tau bawa semua ni supaya antibodi kuat dan lebih bertenaga gitu 😎.

Ok, sambung topik asal 😶.

Kitorang ke sini musim autumn, view memang cantik. Dengan daun kekuningan, keperangan, subhanallah cantik sangat 😍.

Yang best nya bila korang travel dengan photographer, so faham-faham aje la ye.

Tak nak cakap banyak, tengoklah hasilnya kat bawah.





Cantik kan hasilnya. Puas hati sangat. Kita yang biasa biasa ni dah macam model dah. Ahakk over !  😝.  Korang kalau nak cari photographer, boleh hubungi En.Naim ni. Cari FB dia Naim Solleh.

Bila dah pakai pakaian ni, jalan pun kena ayu sikit sebab kainnya yang labuh itu membuatkan daku hampir tersungkur beberapa kali sebab terpijak kain tersebut 😑.

Tengah kitorang ambik gambar tu tiba-tiba datang seorang perempuan cantik manis ke arah kami untuk bertanya arah ke palace apa ntah tak ingat pulak. Blurr jap sebab girl ni cakap bahasa melayu.

Laa rupanya chinese malaysia. Ingatkan korean mana la yang reti cakap bahasa malaysia ni?? then sempat ambik gambar beramai-ramai bersama.

But before tu, ada dua orang Japanese ajak bergambar, nak balik tu pun ada seorang korean lady ajak ambik gambar gak, then kau pun mula perasan 'dah kenapa ramai yang ajak ambik gambar hari ni?. 😂🙈hahahaha... agaknya nampak unik berhanbok ngan tudung di kepala kot. heee. saya rasa sebab tu kut faktor diorang ajak bergambar.😝

Jalan punya jalan, tak sedar jam hampir menunjukkan angka 6. Hambik, rushing la kami ini nak memulangkan semula pakaian ni. Dah takde masa nak jalan ayu ayu lagi dah. Nasib baik tempat tu tak jauh dari palace, the last location untuk photoshoot.

Nasib baik sempat, tinggal beberapa minit je lagi. huhu. And kitorang pun sempat jugak tumpang solat kat ruang tingkat atas, dan masa ni jugak barulah 'berkesempatan' makan 'lunch' yang tertunda. Bekal yang dibawa kat dalam locker, memang tak makan la sepanjang hari tu. Lepas solat tu baru merasa bekal yang dibawa. Nikmatnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Lapar kut.

Ok, tu je nak share. So, korang yang nak ke Korea, jangan lupa masukkan dalam itinerary tau. Rugi tak cuba. Pengalaman menarik ni.

By the way, thanks sebab sudi baca perkongsian saya kali ni.

Bagi anda yang nak bercuti ke Korea tu saya wish selamat bercuti and enjoy your holiday.😊

Terima Kasih
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)