Siapa yang berisiko untuk diserang sakit sendi?
photo credit : pixabay.com 1. Mereka yang aktif Samada anda seorang atlet, atau yang sering menjalani aktiviti fizikal, anda berisiko berhadapan dengan masalah sakit di bahagian sendi. Contoh aktiviti seperti badminton, bermain bola sepak, jogging setiap minggu boleh memberi kesan kepada kesihatan sendi kerana anda meletakkan tekanan yang berterusan. Keradangan sendi berlaku apabila sendi haus dan nipis atau ketika anda mengalami kecederaan pada sendi, ligamen atau tulang rawan. 2. Suri rumah sepenuh masa Tugas-tugas seorang suri rumah bukanlah mudah. Aktiviti yang dilakukan setiap hari memerlukan mereka menggunakan kekuatan sendi dan otot. Contoh seperti aktiviti mengangkat barang-barang berat boleh menyebabkan geseran antara sendi dan menyebabkan inflamasi dan bengkak sendi. 3. Warga emas Semakin meningkat usia, semakin mudah terdedah dengan inflamasi akibat penurunan tahap kesihatan dan tindakbalas badan yang lebih perlahan berbanding usia muda. Tanda awal in