Kenangan Di Hari Raya Ku

Photo Credit : thescrapboodiaries.com

Setiap orang mesti ada kisah menarik semasa hari raya, kan. Samada kisah suka mahupun duka. Pengalaman menarik yang sentiasa dalam ingatan mahupun kisah pahit yang cuba dilupakan.

Kali ni saya nak kongsi salah satu kenangan hari raya yang tak dapat dilupakan. Kenangan terindah beraya diperantauan.

Haa.. tu la kali pertama saya beraya tanpa keluarga di sisi. Sebab study jauh. (Jauh la sangat 😝). Ye la, keluarga kat Sabah, saya pula study kat selangor. Masa tu baru je daftar masuk. Bulan puasa pulak tu, nak balik raya of course tiket mahaii kan. Jarak masa tu dekat sangat.

So, saya pun decided tak balik raya. Kebetulan sahabat pena jemput beraya kat kampung dia kat Perak. Wah teruja jugak la.

Sebab apa? Sebab tu la kali pertama kami berjumpa. Korang ada 'sahabat pena' tak??

Dulu-dulu takde facebook, nak berkenalan melalui majalah je. Then tulis-tulis suratπŸ™ˆ. Zaman-zaman sekolah dulu rajin utus-utus surat ni.

Dipendekkan cerita. Tu la kali pertama bersua muka, selalunya baca surat-surat dia je kan. Kali ni boleh bertentang mata.

Keluarga dia sambut saya dengan baik sekali. Allahu, terharu sangat. Mereka layan saya macam keluarga sendiri walaupun tu la kali pertama kami berjumpa.

Raya pertama masa takbir tu, of course la sedih kan. Tak pernah duk berjauhan. Sorang-sorang pulak tu. Mengalir jua airmata ku ini. Sebak bila dengar takbir di perantauan.

Ok, dipendekkan cerita lagi.

Haa yang paling tak boleh lupa, sahabat saya ni ajak beraya naik motor. Vroom vroom gitu. πŸ˜‚.

Rasanya tu la kali pertama beraya naik motorsikal beramai-ramai. Serius best giler. Sebab pergi beraya beramai-ramai dengan family & saudara mara dia.

Dan tak lupa juga kenangan berhujan balik dari beraya. Bayangkan naik motorsikal berhujan. Nasib baik lepas balik beraya. πŸ˜….

Semua tu kenangan. Macam-macam benda baru saya belajar dan rasai. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Alhamdulillah dipertemukan sahabat baik. Semoga ikatan persahabatan berpanjangan.

The End.

hehe tu je nak cerita. Apa pula kisah menarik korang?

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)