Tips Fokus Ketika Belajar

Bila waktu nak belajar atau ulangkaji mesti nak lebih fokus supaya apa yang kita belajar tu 'masuk' dan mudah difahami. Bila kita mula faham, mudah jugalah untuk kita mengingatinya. Betul tak? Tapi selalunya yang sebaliknya. Fokus hanya pada minit-minit awal je. Lepas tu mulalah mengantuk, fikir benda lain, teringatkan telefon, teringatkan nak makan apa, teringatkan gosip-gosip kawan, teringatkan boyfriend/girlfriend. Oppss 😏

Kali ni saya nak kongsi tips mudah bagi mereka yang nak belajar dengan lebih fokus.

Fokus tu apa? Haa macamana nak jawab ni? 😁

Fokus atau ada yang sebut sebagai 'kusyuk' tu bila kita mula tekun dan bersungguh-sungguh untuk cuba hadam dan faham sesuatu yang kita cuba nak fahami. Fokus tu maksudnya dah tak fikir benda lain dah, kita hanya fikir satu tu je.

Masa belajar bagaimana cara supaya kita mudah fokus?

Ok jom baca tips-tips di bawah.

Tips Fokus Ketika Belajar
Photo source : google
1. Baca doa belajar sebelum memulakannya
Bagi yang muslim mesti dah diajar bacaan doa sebelum mula belajar sejak kecil lagi, kan. Tak pun masa tadika atau sekolah rendah. Untuk apa baca doa ni? Supaya takde bisikan-bisikan syaitonnirrajim yang mengganggu masa kita tengah belajar 😊.

Tips Fokus Ketika Belajar
Photo Source : pinterest.com
2. Tempat atau suasana yang sesuai
Tempat dan suasana mempengaruhi kualiti pembelajaran kita. Belajarlah di tempat tenang, selesa, tak panas tak sejuk, ada meja dan kerusi. Kalau ada bilik khas untuk belajar lagi best. Jangan pula awak belajar atas katil. Boleh je tapi biasanya disudahi dengan 'buku baca awak'. Betul tak? Haa mengaku je la. Saya pun selalu macam tu, sudahnya dibuai mimpi. Belajar dalam mimpi lah jawabnya 😂.

Tips Fokus Ketika Belajar
Photo Source : aliexpress.com
3. Sediakan bahan untuk belajar sebelum mula 
Sediakan buku-buku rujukan, alat tulis, kamus atau apa saja yang diperlukan untuk subjek yang awak nak ulangkaji tu. Supaya bila tengah study tu takde la kes itu takde ini takde, dah tu malas nak cari. Haa kang dari awak bersemangat nak belajar terus tinggal macam tu je. Sebab serba serbi kurang. Benda awak nak tu pun awak tak tahu letak mana. Cari-cari tak jumpa sampai stress. Kan dah hilang mood nak belajar.

Tips Fokus Ketika Belajar
Photo Source : Google

4. Cari teman untuk belajar

Ada orang dia lebih suka belajar sendiri. Tapi ada juga yang suka belajar dalam suasana ramai. Dulu masa sekolah saya suka buat study group. Banyak kelebihannya buat study group ni. Kita boleh tanya apa yang kita tak faham dan dalam masa yang sama kita boleh ajar kawan kita apa yang kita faham. Saling tukar-tukar maklumat dan study group ni latih kita saling bekerjasama dan build teamwork.

Tips Fokus Ketika Belajar
Photo Source : simplyfreshfruit.com.au

5. Sneak yang berkhasiat
Ada orang dia tak suka makan atau minum ketika sedang belajar. Tapi ada yang suka makan sambil belajar. Janganlah makan makanan yang berat. At least sneak atau kudapan yang berkhasiat seperti buah-buahan, kismis, kurma atau cookies yang kurang manis. Sediakan air kosong, air kosong ni bagus tau. Lagi-lagi bila awak rasa mengantuk masa tengah study. Bila dah mengantuk cepat-cepat minum air kosong. Awak mengantuk sebab kekurangan oksigen yang sampai ke otak. Jadi dengan pengambilan air kosong bantu lancarkan peredaran darah. Peredaran darah yang lancar bantu 'menghantar oksigen sampai ke bahagian otak'.

Tips Fokus Ketika Belajar
Photo Source : dreamstime.com
6. Rehat sebentar
Rehatkan minda dan tubuh dalam masa 10 minit. Jangan belajar terlalu lama dengan mengabaikan waktu rehat. Regangkan badan, pergi berjalan-jalan sebentar. Pergi tandas ke, keluar halaman rumah ke, yang berdekatan je la. Jangan pula awak pergi jauh-jauh, kang malas nak sambung study balik. Haa nak rehat pun jangan lebih dari 20 minit, takut awak tak nak sambung study dah.

Tips Fokus Ketika Belajar
Photo Source : poetryinspired.com
7. Kata-kata Motivasi
Lumrah manusia mudah rasa 'down'. Mudah rasa hilang semangat. Mudah hilang fokus. Sebab tu kena selalu ada motivasi diri. Macamana nak dapatkan motivasi tu? Sentiasa ingatkan diri apa tujuan awak belajar. Awak nak jadi apa 'in future'. Awak berjaya untuk siapa? dan orang sekeliling juga adalah kunci kejayaan tau. Jadi kena selalu bergaul dengan orang-orang yang positif. Orang yang mempunyai jati diri yang kuat. Orang yang sentiasa bersemangat untuk capai cita-cita. Ataupun dengan cara baca buku-buku motivasi. Saya paling suka baca buku motivasi HM Tuah Iskandar. Cara dia sampaikan motivasi tu santai je. Tak terlalu menekan, tak terlalu serius dan paling penting tak membosankan. Cari kata-kata motivasi yang buat awak bersemangat dan tampal di tempat awak selalu belajar. Tampal kat dinding ke, lekat kat meja study ke atau kat mana-mana yang selalu awak nampak.

Tips Fokus Ketika Belajar
Photo source : stylecraze.com
8. Pilih makanan dan minuman yang berkhasiat
Yang ni pun salah satu faktor yang penting. Apa yang kita makan dan minum akan mempengaruhi gaya hidup kita terutama sekali kesihatan kita. Betul tak? Kalau awak sakit, macamana nak fokus belajar? Kalau awak sakit, macamana nak siapkan kerja-kerja sekolah? Kalau awak sakit, macamana nak ulangkaji? Sebab tu makanan dan minuman yang berkhasiat sangat penting.

Haa cukuplah sampai ni je. Yang penting betulkan nawaitu sebelum mula belajar. Set kan target awak nak dan bersungguh-sungguh nak capai.

Oh ya, tips lain bagi membantu untuk awak lebih fokus ialah dengan pengambilan suplemen seperti suplemen yang mengandungi minyak ikan.

Yup, dan saya pilih Omega Guard Shaklee yang mengandungi minyak ikan terbaik.

Tips Fokus Ketika Belajar

 KENAPA PERLU  MEMILIH OMEGA GUARD SHAKLEE?

  • Dalam 1 kapsul minyak ikan omega guard Shaklee, ada 90% kandungan EPA & DHA.
  • Dihasilkan daripada ikan laut dalam yang berkualiti dan dijamin ketulenannya.
  • Bukan sebarang ikan, dan juga BUKAN minyak hati ikan tau. Memang tak sama ye...
Omega Guard Shaklee bantu meningkatkan daya tumpu, bantu kecerdasan otak dan bantu tingkatkan fungsi memori. Sebab tu saya pilih Omega Guard Shaklee. Selain tu Omega juga..
  • Mencegah stroke (lumpuh)
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Mengekalkan tekanan normal darah.
  • Mengurangkan sakit kepala.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu meningkatkan daya ingatan daya tumpu.
  • Sumber terbaik gizi janin untuk ibu hamil.
  • Menurunkan kadar kolestrol dalam badan.
  • Bertindak sebagai antihipertensi serta pembekuan darah.
  • Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.
  • Memelihara kecerahan penglihatan mata.
  • Mencegah migrain.
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
  • Membantu menstabilkan emosi.
  • Mengawal masalah berat badan.
  • Mencegah imsomnia.
  • Melicinkan kulit.
Best kan, banyak manfaat yang kita peroleh. Jadi, disamping tips-tips di atas, korang boleh lah amalkan Omega Guard Shaklee untuk tingkatkan daya tumpu/lebih fokus untuk belajar.😊

Nak order Omega Guard Shaklee?

Boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau

BELI ONLINE

Haa bulan ni Shaklee buat promo beli 3 botol Shaklee dengan harga yang lebih jimat.
So, jangan lepaskan peluang. Meh beli.😊

BELI ONLINE (BUY 3 @ 5%)




Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)