6 Punca Kegemukan

6 Punca Kegemukan
Photo Credit : depositphotos.com
Sebut je gemuk, ramai yang tak suka kan. Mana ada orang suka. Melainkan orang tu kurus dan nak gemuk. Ok, nak cakap ni, masalah kegemukan bukanlah baru. Rakyat Malaysia terutamanya sering dikaitkan dengan masalah kegemukan atau obesiti. Masalah ini juga menjadi punca utama bagi penyakit-penyakit berbahaya seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang, stroke dan banyak lagi. Haa, tau takut. Bukan saja-saja nak takutkan awak tapi itulah kenyataannya.

Apa punca masalah kegemukan ni?

1. Kurang aktif

Zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu dah. Kalau dulu-dulu teknologi tal canggih lagi. Gaya hidup pun tak sama. Cuba bandingkan dengan gaya hidup kita sekarang. Ramai yang habiskan masa dihadapan televisyen dan komputer. Tak pun lebih suka menghabiskan masa dengan gadget seperti permainan video, telefon bimbit dan tablet. Gaya hidup seperti ini membuatkan kita kurang bergerak dan tidak aktif. Betul tak? Jadi bila asyik terperap dalam bilik je tak gerak-gerak maka 'mudah' lah lemak-lemak tu nermaharajalela. Mana nak bakar kalori kalau tak aktif?

2. Kurang tidur

Eh, kurang tidur pun boleh jadi punca kegemukan ke? Tapi bagaimana? Semasa kita tidur, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam di dalam tubuh kita. Tapi bila kita kurang mendapat tidur, nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.

Jadi, bila kita mendapat kurang tidur secara berterusan, sejenis hormon yang digelar sebagai ghrelin akan meningkatkan kadar selera makan. Hormon leptin yang bantu menahan selera makan semakin menurun. Sebab tu selera makan kita semakin menjadi-jadi. So, jangan terlebih tidur dan jangan kurang tidur pulak. Kena ikut waktu tidur yang ditetapkan.

3. Makan terlalu cepat

Menurut kajian Journal of The American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan.

Tapi kenapa? Sebab perut kita mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memberi signal ke otak bahawa kita telah mendapat makanan secukupnya.

4. Minuman bergas

Mesti ramai yang suka minum minuman bergas kan. Tapi tau tak kajian mendapati bahawa seseorang yang minum 1 atau 2 tin minuman bergas sehari akan meningkatkan kadar punca kegemukan sebanyak 33%. Para penyelidik membuat teori bahawa pemanis tiruan akan meningkatkan selera makan seseorang.

5. Makanan yang tidak seimbang

Yang ni ramai yang 'selalu' ambil kan. Makanan yang tidak sihat atau tidak seimbang ni lah salah satu punca kegemukan. Makanan ringan, makanan segera, yang mengandungi bahan-bahan seperti pengawet, pewarna, perasa dan kandungan gula yang tinggi.

6. Tertekan atau stress

Jangan tak tahu, ada orang tabiatnya makan , makan dan makan bila tertekan atau stress. Tapi tabiat ni sebenarnya tak sihat. Banyak cara lain lagi untuk hilangkan stress.

Itulah antara punca kegemukan. Jadi kalau nak elak kegemukan cuba elak punca-punca di atas. Apa-apa pun kurangkanlah berat badan. Kena tahu berat ideal awak. Demi kesihatan juga. Mungkin bagi sesetengah orang sukar untuk menurunkan berat badan atau susah nak tinggalkan salah satu punca di atas. Tapi kalau tak buat sekarang, kesannya dikemudian hari. Sakit tu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Tapi ianya satu beban yang mungkin sukar ditanggung. Jadi sebelum terkena sebaiknya cegahlah sebelum terlambat. Betul tak?

Semoga kita sentiasa sihat, cergas dan aktif.

Stay Healthy :)

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)