7 Tips Penjagaan Kesihatan Jantung

7 Tips Penjagaan Kesihatan Jantung
Photo Credit : tes.com

Jantung adalah salah satu organ terpenting dalam tubuh kita. Kegagalan jantung berfungsi boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera. Penyakit-penyakit jantung juga antara penyakit yang sangat berbahaya dan jumlah pesakit yang diserang penyakit jantung juga semakin meningkat dikalangan rakyat Malaysia.

Banyak faktor penyebab penyakit jantung antaranya disebabkan kolestrol yang tinggi, kegemukan, tekanan darah tinggi dan sudah tentu disebabkan gaya hidup yang tidak sihat.

Bagaimana menjaga kesihatan jantung?

Jom ikuti tips penjagaan kesihatan jantung dibawah.

Tips Penjagaan Kesihatan Jantung

1. Penjagaan pemakanan

Jantung yang sihat bermula dari pemakanan yang berkhasiat dan menyihatkan. Elakkan dari makan makanan yang tinggi lemak seperti mentega, keju dan minyak sapi. Begitu juga dengan makanan yang tinggi kolestrol seperti telur, hati, dan mentega.

Masakan atau makanan yang berkukus lebih baik berbanding masakan yang bergoreng. Kawal penggunaan minyak ketika memasak.

Jauhi minuman yang tidak baik untuk tubuh seperti minuman beralkohol. Semua sedia maklum ia minuman yang tidak menyihatkan malah boleh mengundang penyakit dan gejala buruk yang lain.

2. Kawal berat badan

Pastikan berat badan berada di tahap ideal. Pemeriksa BMI bagi tubuh anda. Jangan biarkan berat badan melebihi dari berat ideal kerana ia akan mengundang masalah dan penyakit yang serius.

Berat badan berlebihan atau obesiti boleh menjejaskan kesihatan jantung. Keadaan semakin teruk jika seseorang yang gemuk atau obes mengalami masalah kolestrol yang tinggi, tekanan darah tinggi atau masalah kencing manis. Penyakit jantung mudah menyerang. Apatah lagi jika seseorang itu tidak aktif.

3. Bersenam

Bersenam adalah salah satu cara terbaik bagi menjaga kesihatan jantung. Senaman seperti berbasikal, jogging, berjalan, bermain badminton, aerobik atau sebagainya. Apabila kita bersenam, jantung akan mengepam darah dan membawa oksigen ke seluruh tubuh dengan lancar. Bersenam secara teratur dan konsisten bantu menurunkan tekanan darah.

Jadi, kita digalakkan rajin bersenam agar kesihatan jantung sentiasa terpelihara.

4. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai banyak khasiat yang mempunyai pelbagai nutrisi dan kaya dengan serat yang baik untuk tubuh. Amalkan pengambilannya setiap hari dan boleh juga jadikannya sebagai hidangan snek bagi menggantikan makanan ringan.

5. Tidak merokok

Bahan-bahan yang terkandung bagi sebatang rokok sangat memudaratkan kesihatan. Apatah lagi jika diambil sekotak. Perokok boleh berisiko menghidap penyakit jantung atau serangan jantung. Ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan jantung tapi turut menyebabkan penyakit-penyakit berbahaya yang lain seperti kanser paru-paru.

6. Kawal emosi

Emosi turut menyumbang kepada salah satu punca penyakit jantung. Apabila seseorang itu mudah rasa tertekan atau stress, tekanan darah akan meningkat dan jika ianya berterusan, boleh memberi tekanan pada jantung. Sebaiknya kawal emosi agar tidak mudah untuk tertekan atau stress. Sentiasa berfikiran positif dan cuba amalkan tips-tips untuk kawal tekanan emosi.

7. Kawal tahap kolestrol

Jaga pemakanan kita dan pastikan tahap kolestrol sentiasa dalam tahap normal. Kolestrol yang tinggi akan menyebabkan saluran darah tersumbat. Jika saluran darah di bahagian jantung tersumbat, darah dan oksigen tidak sampai ke bahagian jantung dan jantung tidak dapat mengepam ke seluruh tubuh. Ini boleh menyebabkan kegagalan jantung berfungsi dan lebih teruk ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.

Ikuti tips-tips di atas bagi memastikan kesihatan jantung terpelihara.

Beauty&Health
Pengedar Sah Shaklee
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)