Tiga Tahap Perlindungan Imun

Photo Credit : dream.co.id
Tubuh kita mempunyai tiga peringkat tahap pertahanan agar tubuh kita terpelihara dan tidak mudah diserang kuman atau bakteria.

Tahap Pertama

Peringkat pertama pertahanan tubuh adalah kulit, air mata, mukus, air liur, peluh, dan asid perut anda yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman, menghalang mereka daripada memasuki tubuh anda.

Tahap Kedua

Jika kuman berjaya melepasi peringkat pertama pertahanan tubuh, mereka akan menemui pelbagai jenis sel-sel imun, termasuklah sel darah putih dan sel-sel pembunuh semulajadi yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan badan.

Protein isyarat imun yang digelar sebagai Interferon memainkan peranan penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindakbalas imun untuk melindungi anda dari serangan kuman.

Tahap Ketiga

Pada peringkat ini, tahap pertahanan ini bertindakbalas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan mengingatinya. Sekiranya ia menyerang badan anda lagi, ia akan bertindak sewajarnya. Tindak balas imun biasanya menyebabkan kerosakan yang serius kepada sel-sel anda.

Untuk pulih dengan sendiri, sel-sel anda memerlukan Resveratrol dan Polifenol untuk pemulihan sel dengan lebih cepat.

Terima Kasih
Beauty&Health,
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Related Post

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)