Belajar Buat Kimchi di Korea


Alhamdulillah masa bercuti ke Korea pada tahun 2014 lalu, saya dan geng trip ke sana berpeluang belajar cara-cara membuat kimchi, iaitu makanan tradisional orang korea. 

Tempat ni terletak di kawasan Myeongdong, Seoul Korea Selatan. Seawal pagi lagi kami dah berlegar-legar di kawasan tu. Kedai-kedai pun tak bukak lagi cik kak oii 😅. Lengang je. Tapi ok jugak la, boleh la round round area tu, cuci-cuci mata, walaupun kedai tak bukak lagi. Exercise kaki.🙊

Kalo tak silap around 9 a.m kut akademi tu buka. Sampai je kat sana kitorang disambut oleh si gadis manis yang cun cantik lawa, siap berpakaian tradisional korea. 

Memandangkan kitorang ni datang terlalu awal, preparation untuk buat kimchi & sebagainya pun tak siap lagi, so kitorang pun duduklah menunggu. Tapi tak lama, after that si gadis korea tu suruh kitorang pilih costume Hanbok yang kitorang berkenan.😍 Excited jangan cakap la. Memang teruja.

Ya, kat sana bukan sekadar belajar buat kimchi je tau, tapi kat sana korang berpeluang mencuba pakaian tradisional orang korea (Hanbok Costume). Haa, boleh la ambik gambar puas-puas.

Dah puas bergambar barulah kitorang di ajar membuat kimchi. So, korang boleh rasa sendiri kimchi buatan korang. Haa, kimchi tu korang boleh bawa balik tau. Satu lagi, kimchi tu kena perap dulu barulah sedap dimakan. Balik Malaysia baru saya makan kimchi buatan sendiri tu.

Tapi tapi tapi... tekak saya ni memang tak 'ngam' ngan rasa kimchi. Bukan tak boleh makan langsung cuma saya rasa biasa-biasa je. So, kimchi saya tu saya bagi kat orang lain. hahaha...😂

Masa makan-makan kat Korea, kimchi memang selalu menjadi hidangan utama, tapi saya jamah sedikit je. Memang tak reti la. Lidahku lidah melayu, ke atau aku memilih sangat ni. 😆

Apa-apa pun pengalaman belajar buat kimchi kat Korea memang suatu kenangan yang tak boleh dilupakan. Kalo tanya caranya , maaflah saya tak ingat ... agaknya sebab saya tak minat kut😅. So, tak sungguh-sungguh nak belajar. Rugi !






Korang yang berhajat nak ke sana, make sure masukkan Kimchi Academy House ni dalam list, ok. Alamatnya saya tak ingat, yang pasti tempat ni kat area Myeongdong.

But rasanya banyak je tempat nak belajar buat kimchi ni, cuma kena pandai cari la ye. Sekarang ni mudah dah. Google kan ada.

Tu je la yang saya nak share kali ni. InsyaAllah ada rezeki saya share tempat lain yang menarik di Korea.

Kamsahamnida😊

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)