Pengalaman membeli-belah di Namdaemun Korea

Pengalaman membeli-belah di Namdaemun Korea

Kali ni nak share pengalaman shopping kat Namdaemun. Ok, bagi kaki shopping korang akan rasa heaven la sebab memang banyak benda menarik dan rambang mata dibuatnya. Tapi sila sediakan bajet untuk shopping tu lebih sikit sebab risau korang menyesal tak beli sepuasnya. πŸ˜†

Tapi kalau korang ke Korea bukan berniat nak shopping jangan lama-lama kat Namdaemun ni, risau tak kuat imanπŸ˜…. Lepas beli apa yang korang nak, terus blah. 😁

Kat Korea ada banyak tempat menarik nak shopping tapi ini adalah salah satu tempat yang ramai pengunjung especially foreigner yang nak beli souvenir. Macam-macam ada. Keychain,T-Shirt I Love Korea, dan banyak lagi lah.😍

Nak beli brooch pun ada tau. Tapi saya beli sikit je. Balik Malaysia baru saya tahu ramai juga yang berminat brooch Korea tu. Dalam hati 'laa apsal aku tak borong banyak-banyak, boleh jual balik'. Ok, next time datang sini lagi kena borong la nampaknya. πŸ˜„

Actually kat sana saya nak beli kasut boot. Memang dah aim dari Malaysia lagi. Sebab tu tak bawa dari Malaysia sebab katanya kat sana lagi murah.

Alhamdulillah, jumpa satu kedai ni 'oppa' nya reti pulak cakap nihongo. Rezeki saya, terus dapat diskaun. Haa, ni lah kelebihan bila kita pandai cakap bahasa asing. Sungguhpun tak pandai cakap Korea, tapi oppa tu reti cakap Jepun, so saya pun praktikkan la ilmu saya yang tak seberapa tu. Senang juga nak bargain dengan oppa tu. Saya & bff terus deal. Kalo tak silap harganya 90k won. Tahun 2014 rate cantik lagi tau. So, rasa murah juga la. Tapi dengan rate sekarang ni emm....πŸ˜‘

Pengalaman membeli-belah di Namdaemun Korea
Haa, ni la kasut boot tu. Saya punya color brown. Sebelah tu bff saya punya. Sengaja beli design yang sama. Bff la katakan.πŸ˜„

Pengalaman membeli-belah di Namdaemun Korea

Ok, masa tu juga 'ter'beli spek mata baru. Actually dah lama teringin nak beli fashion macam kat gambar ni. Ye la tengah trending, fashion ala-ala korean giteww. Memang ramai tengah pakai spek fashion ni. Tapi mahal kut. So pendam je la.πŸ˜”

Tapi tak sangka, rezeki beli kat Korea. Haa ambik kau, original made from Korea. Harga pun lagi murah tau. Serius memang murah. Tahan lasak pulak tu. Sampai sekarang still ok (spek dalam gambar tu la yang saya beli kat sana). Lagi best siap hanya dalam beberapa minit je😍. Giler siapa tak suka? Kalo kat Malaysia ambik masa beberapa hari baru siap tau.😏

Alhamdulillah tercapai juga apa yang di idamkan. Betul-betul tak sangka. Memang tak plan pun beli kat sana sungguhpun ada angan-angan nak beli spek fashion ala-ala korean tu.

Selain tu saya ada gak beli jaket sehelai. Harga pun murah tapi tak ingat berapa. Tapi memandangkan murah la sangat so kualiti pun biasa-biasa je. Bila basuh bulu-bulu kat dalam tu pun tercabut.πŸ˜…

Emm macam-macam juga saya beli. Tapi banyak beli ole-ole la. Untuk diri sendiri tak banyak mana. Shopping sampai tak hengat. Herannya langsung tak rasa penat. Best kut.

Masa tu juga snow turun. Wah excitednya😍. Jadi jakun buat seketika.Ye la wishlist kut nak tengok salji turun. Salji real tau bukan yang kat genting tu.πŸ˜†

Oh ya, korang nak shopping kat sana kena pandai bargain. Bargain je sampai dapat harga yang murah. Sebab kadang ada je yang dapat sampai harga half price tapi kena pandai la. Lagi satu kalau korang borong banyak-banyak diorang akan bagi free gift.

Betul tau, diorang bagi free gift, last time saya borong macam-macam kat beberapa kedai, ahjumma & ahjussi tu bagi free gift, samada bagi sepapan keychain or benda lain. Saya dapat macam-macam gak. Best kan. Lagi kita seronok nak shopping. Siapa tak nak free gift kan.

Ok, tu je la yang saya nak share kat entry ni. Actually banyak moments menarik tapi cukup ni je la. Kena datang sendiri rasai sendiri baru la rasa seronok. Tapi jangan seronok sangat berhabis kat sana. Lepas shopping baru sedar dah banyak Ringgit yang melayang.

So, korang yang plan nak ke Korea tu jangan lupa masukkan Namdaemun dalam list korang, ok. Selamat menghabiskan duit ye. eh eh... selamat bercuti.πŸ˜„

Kamsahamnida😊

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)