5 kebaikan menderma darah

5 kebaikan menderma darah
Photo Credit : redbubble.com
Pernah menderma darah atau teringin melakukannya? Sebenarnya menderma darah bukanlah sesuatu yang menakutkan malah ianya suatu amalan yang mulia. Tahukah anda, dengan menderma darah, anda boleh menyelamatkan beberapa nyawa?

Darah anda sangat diperlukan bagi mereka yang sangat memerlukannya. Penderma darah sangat dialu-alukan agar bank darah sentiasa mencukupi dan dapat membantu mereka disaat kritikal dan kecemasan.

Jom ketahui beberapa kebaikan apabila anda menderma darah

1. Ketahui jenis darah

Sebelum menjalani proses menderma darah, ujian ke atas darah anda akan dilakukan. Di sini anda akan mengetahui jenis darah anda samada jenis darah A, B, AB atau O.

2. Ketahui risiko penyakit berbahaya

Setelah darah anda diambil, darah anda akan ditapis dan disinilah anda akan mengetahui perkembangan kesihatan anda. Sekiranya anda menghidap sesuatu penyakit yang berbahaya seperti HIV, hepatitis atau sebagainya, anda akan dihubungi dan langkah seterusnya akan dimaklumkan.

3. Menghasilkan darah yang baru

Setelah darah anda keluar, darah baru yang lebih segar akan dihasilkan oleh tubuh anda. Ini adalah sangat baik untuk kesihatan tubuh anda. Tubuh anda akan lebih produktif.

4. Mengeluarkan iron yang berlebihan

Zat besi sangat baik dan penting untuk fungsi tubuh kita namun jika ianya berlebihan akan menyebabkan beberapa kemungkinan seperti serangan jantung, strok dan lain-lain penyakit.

5. Bakar kalori

Terdapat kajian mendapati seseorang yang menderma darah dapat membakar kalori  sebanyak 650 kal dalam satu sesi. Menderma darah dapat mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti.

Tetapi menderma darah ada hadnya. Penderma hanya boleh sekali dalam dua atau tiga bulan bergantung kepada tahap kesihatan. Beberapa aspek akan diambil kira seperti tahap zat besi dan hemoglobin anda.

Semoga perkongsian ini memberi kesedaran kepada kita semua betapa menderma darah banyak kebaikannya.

Jom sama-sama menderma darah.

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)