Tips Mudah Cegah Obesiti

Tips Mudah Cegah Obesiti
Photo credit : pixabay.com
Masalah obesiti bukanlah masalah yang boleh diambil mudah. Namun ramai yang tidak menagmbil peduli tentang masalah ini. Bagi mereka masalah tersebut bukanlah sesuatu yang serius.

Namun tahukah anda, obesiti merupakan masalah BESAR dan ianya boleh MENGUNDANG pelbagai masalah lain dan tidak mustahil boleh menjadi punca utama PENYAKIT KRONIK.

Oleh itu, sila ambil peduli dan anda perlu tahu apa yang perlu anda lakukan.

Ikuti tips mudah bagi mencegah masalah obesiti di bawah.

SELALU BERSENAM

 Anda perlu bersenam sekurang - kurangnya 150 - 300 minit setiap minggu untuk mengelak berat badan naik.

Apa senaman yang boleh anda lakukan? Ada pelbagai jenis aktiviti dan senaman bagi membantu anda lebih aktif dan kurangkan risiko obesiti seperti berjogging, running, swimming, fast walking, cycling, dan macam-macam lagi.

Pastikan anda sentiasa aktif dan sertai beberapa aktiviti outdoor bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Jika anda seorang yang sentiasa sibuk, memadai melakukan senaman di rumah.

Apa yang boleh dilakukan didalam rumah? Senamrobik, skipping, atau sediakan beberapa peralatan senaman yang sesuai dilakukan didalam rumah anda.

MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

Anda perlu makan makanan yang kurang kalori dan bernutrisi. Elakkan makanan berlemak dan kurangkan makanan manis dan alkohol.

Kurangkan makan makanana yang boleh menambah berat badan anda, jika anda menyukainya anda perlu kawal dan mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit.

Makanan merupakan punca utama, oleh itu pilihlah makanan yang berkhasiat. Pengambilan suplemen juga membantu anda atasi masalah obesiti. Namun pilihlah suplemen yang selamat.

KETAHUI DAN ELAK SITUASI ANDA AKAN MAKAN BERLEBIHAN

Anda harus mencatat semua kegiatan makanan anda, bila anda makan, apa anda makan, apakah perasaan anda pada masa itu dan berapa anda makan, tahap kelaparan anda. Dengan ini anda akan dapat mengetahui situasi di mana anda makan berlebihan dan dapat mengelaknya.

Nampak mudah tapi sebenarnya agak sukar. Namun jika anda benar-benar ingin berat badan anda sentiasa di dalam tahap yang normal, anda harus lebih teliti dan lebih berdisiplin bab penjagaan pemakanan harian anda.

Semoga perkongsian ini dapat beri manfaat buat anda dan beri kesedaran buat kita semua betapa pentingnya menjaga pemakanan dan cegah diri dari mengalami masalah obesiti iaitu berat badan berlebihan.

Terima Kasih
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Sahklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)