Mineral bagi mendapatkan tulang yang kuat dan sihat

Mineral bagi mendapatkan tulang yang kuat dan sihat
Photo Credit : wiseowlhealth.com
Untuk memastikan tulang kita kuat dan sihat, kalsium sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, gabungan unik mineral-mineral penting diperlukan untuk menyokong penghasilan tulang yang lebih kuat untuk membantu mengekalkan kesihatan dan berasa lebih muda ketika anda telah berusia kelak.

Apakah mineral yang diperlukan untuk tulang yang kuat dan sihat?

KALSIUM

Kalsium adalah mineral yang paling banyak terdapat didalam tulang kita. Ianya merupakan bahan utama untuk menghasilkan tulang yang kuat dan sihat. Kalsium penting bagi mengekalkan ketumpatan tulang sepanjang hayat. Kita disarankan untuk mengambil 1000mg kalsium sehari dan jumlahnya meningkat bagi wanita menopaus.

MAGNESIUM

Mineral ini adalah kunci kepada gabungan dan penggunaan kalsium di dalam badan. Ia menyokong proses pengaktifan vitamin D supaya ia boleh meningkatkan penyerapan kalsium. Kita disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 300mg sehari untuk perkembangan tulang yang sihat.

VITAMIN D

Jumlah vitamin D yang rendah di dalam tubuh boleh mengakibatkan kekurangan kepadatan tulang dan kualitinya serta meningkatkan penuaan tulang. Vitamin D bantu merangsang penyerapan kalsium pada saluran pencernaan dan bantu mengekalkan paras kalsium dan fosfat untuk proses penghasilan tulang yang normal.

BORON

Boron ditemui di dalam tulang dan tisu-tisu lain di seluruh badan. Kebaikannya ialah ia mengelakkan tulang rapuh dengan menyokong proses metabolik tulang yang normal. Selain itu, boron juga bantu menyokong penggunaan nutrien yang terlibat di dalam penghasilan tulang yang kuat secara effektif.

MANGAN, KUPRUM, ZINK

Mineral-mineral ini juga sangat penting bagi membentuk tulang yang sihat. Kekurangan salah satu mineral ini akan menghalang pertumbuhan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis di kemudian hari. Mineral ini penting bagi mengaktifkan enzim yang terlibat di dalam proses penghasilan tulang dan melindungi tulang anda daripada kerosakan oksidatif.

Bagaimana mendapatkan semua mineral di atas? Anda boleh mendapatkan kesemua mineral di atas dengan pengambilan suplemen Shaklee iaitu Ostematrix Shaklee.


Untuk tempahan, sila hubungi 0193901309 atau beli secara online dengan menekan link di bawah.


Terima Kasih  

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)