Permainan santai untuk seisi keluarga

Jika disebut tentang permainan, ada pelbagai jenis permainan. Ada yang sekadar untuk keseronokan semata-mata. Namun sebenarnya kalau kita pandai memilih permainan yang baik untuk kecerdasan minda dan sekaligus dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga terutama bagi ibubapa yang sering sibuk di luar sana, kenapa tidak?

Apa kata tinggalkan sebentar kesibukan anda dan bermain pelbagai jenis permainan bagi merehatkan minda anda dari kesibukan kerja dan sebagainya.

Apa permainan yang anda boleh lakukan?

MONOPOLY
Photo Credit : amazon.com
Permainan ni memang have fun. Sesuai untuk seisi keluarga. Permainan ni boleh ajar anak-anak bagaimana menggunakan duit, kira duit, untung rugi, urusan jual beli, dan sebagainya yang berkaitan dengan wang. 

SCRABBLE
Photo Credit : zenithsports.com.ng

Permainan yang menguji minda. Sangat sesuai untuk luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan. Game ni akan uji kekreatifan dan kebijaksanaan kita membina perkataan menggunakan blok huruf yang ada dan dalam masa yang sama bagaimana kita nak kumpul banyak point dengan menggunakan blok-blok huruf tersebut.

JIGSAW PUZZLE

Photo Credit : brainsbreaker.com

Nampak mudah dan tak mencabar, bukan? But actually permainan ni menguji minda dan emosi. Lakukan bersama anak-anak anda, agar mereka boleh belajar membina imaginasi, mengenal setiap cebisan puzzle yang perlu disambungkan dan dalam masa yang sama dapat mengajar erti 'sabar'.
 
Untuk menjadikannya lebih menarik, berikan ganjaran pada anak anak jika mereka berjaya menyambungkan semua cebisan dalam masa tertentu yang anda tetapkan. Menarik bukan? Dengan itu anda boleh melatih mereka untuk membuat target dan bersungguh-sungguh melakukannya untuk mendapatkan sesuatu.

CHESS/ CATUR

Photo Credit : nautil.us
Permainan yang menguji kebijaksaan dan ketajaman minda anak anda. Ianya juga melatih anak anda untuk melakukan strategi agar permainan lebih menarik. Lihat kemampuan anak anda untuk mengawal permainan dan bagaimana ia mampu bertahan.

LEGO

Photo Credit : lego.com
Permainan ini bantu anak anda lebih kreatif dan menguji daya tumpu mereka. Selain menyeronokkan, bermain bersama-sama dengan anak anda akan membuatkan anda lebih santai dan dapat melihat perkembangan minda anak anda.

Sebenarnya ada banyak lagi permainan yang beri manfaat kepada anda dan anak-anak anda. Namun, haruslah bijak memilih agar permainan tersebut tidak melalaikan dan merosakkan pemikiran mereka. Kurangkan permainan gadget dan lebihkan permainan outdoor dan permainan yang bantu perkembangan mereka.


Terima kasih
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)