Jom Kenali Sel Darah Merah

Photo Credit : healthandlifestyle.com.ph
Kali ni saya nak kongsi sedikit info tentang Sel Darah Merah. Sel darah merah juga dikenali sebagai eritrosit atau hematid. Mempunyai bentuk dwicengkung dan tidak mempunyai nukleus.

Proses pembentukan berlaku di Tulang Sum Sum bagi seorang dewasa.
 - Janin 0-2 bulan sel darah merah terbentuk dari kantung,
 - Janin 2-7 bulan sel darah merah terbentukdari hati dan limpa,
 - Kandungan 5-9 bulan sel darah merah terbentuk dari Tulang Sum Sum.

🔸 Sel darah merah terbentuk hasil rangsangan sejenis hormon tumbesaran yang dipanggil eritropoietin (sejenis protein) yang dihasilkan di ginjal (90%) dan juga hati (10%).

🔸 Sekitar 4~5 billion sel darah merah dihasilkan setiap 1 jam bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan.

Fungsi Sel Darah Merah

🔸 merupakan komponen penting dimana ianya berfungsi mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh.

🔸 juga mengangkut keluar bahan buangan sel seperti karbon dioksida dari tisu, otot dan organ untuk dikumuh oleh paru-paru.

Apa berlaku jika oksigen dalam darah berkurang?

Sel darah merah diperolehi daripada sel stem dalam tulang sum sum. Apabila tahap oksigen di dalam darah rendah, pengeluaran sel darah merah yang baru (erithropoiesis) akan dihasilkan.

Tahap oksigen yang rendah boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti kehilangan darah, berada di altitud tinggi, senaman, kerosakan tulang sumsum dan tahap hemoglobin yang rendah.

Apabila buah pinggang mengesan tahap oksigen yang rendah, ia akan menghasilkan dan melepaskan hormon (erythropoietin) untuk merangsang pengeluaran sel darah merah oleh tulang sumsum.

Oleh itu, lebih banyak sel darah merah dihasilkan dan tahap oksigen meningkat.

Apabila buah pinggang merasakan peningkatan kadar oksigen dalam darah, ia akan memperlahankan pembebasan erythropoietin dan pengeluaran sel darah merah menurun.

Apa itu Hemoglobin?

🔸 Hemoglobin ialah biomolekul yang terdapat di dalam sel darah merah.

🔸 Ia terdiri daripada Hem sejenis protein (globin) dan zat besi (iron).

Info lain

🔸 Jangka hayat sel darah merah ialah 100~120 hari sahaja.

🔸 Jangka hayatnya boleh berkurang disebabkan oleh kekurangan enzim dalam sel darah merah seperti G6PD dan masalah lain seperti
- masalah penghasilan hemoglobin seperti talasemia
- masalah pada lapisan membran sel darah merah
- pembengkakkan limpa

🔸 Limpa merupakan organ bagi memusnahkan sel darah merah manakala tulang sumsum pula akan menggantikan sel darah merah yang baru.

🔸 Sel darah merah yang dimusnahkan akan memisahkan dan mengasingkan hemoglobin.

🔸 Hemoglobin akan digunakan semula dalam proses sel darah merah yang baru.

Simptom jika tahap sel darah merah rendah

👉 Letih
👉 pernafasan pendek
👉 pening
👉 lemah
👉 sakit kepala
👉 pucat
👉 degulan jantung meningkat

Simptom jika tahap sel darah merah tinggi

👉 letih
👉 pernafasan pendek
👉 sakit bahagian sendi
👉 kulit gatal
👉 tidur terganggu
👉 lembut dibahagian telapak tangan atau kaki

Penyakit yang berkaitan dengan Sel darah merah

ANEMIA

🔹 kurangnya zat besi dalam sel darah merah.
🔹 zat besi diperlukan untuk menghasilkan protein hemoglobin dimana ianya bantu sel darah merah mengangkut oksigen.

TALASEMIA

🔹 Penyakit genetic dimana ianya diwarisi.
🔹 penyakit ini disebabkan oleh mutasi genetic yang menghalang penghasilan hemoglobin secara normal.
🔹 apabila sel darah merah tak cukup hemoglobin, oksigen tak dapat diangkut ke seluruh badan. Oleh itu organ tidak dapat berfungsi dengan baik.

POLYCYTHEMIA VERA

🔹 merupakan kanser darah oleh mutasi gen.
🔹 sel darah merah dihasilkan terlalu banyak dan tidak terkawal.
🔹 ini menyebabkan darah terlalu pekat dan aliran darah terlalu perlahan.
🔹 ini boleh menyebabkan risiko berlakunya penggumpalan darah yang menyebabkan serangan jantung dan strok.

Makanan yang boleh menambah jumlah sel darah merah

Kaya zat besi
- daging merah (daging lembu)
- organ daging (hati, ginjal)
- sayuran hijau (bayam)
- kismis
- prun
- kekacang
- kuning telur

Folid acid
- sayuran hijau ( bayam , kale)
- cereal
- roti
- kekacang
- kacang peas

Vitamin B-12
- daging merah
- ikan
- keju
- telur

Vitamin A
- sayuran hijau
- ubi keledek
- lobak
- lada merah
- buahan ( anggur, tembikai)

Bagaimana kita memastikan jumlah sel darah merah sentiasa mencukupi?

Ubah gaya hidup seperti menjaga pemakanan. Makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Amalkan pengambilan suplemen yang selamat dan lakukan aktiviti kesihatan dan bersenam.

Terima Kasih
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Sahklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)