Kulit Lembut dan Gebu dengan Coqtrol Plus Shaklee

Kita semua menginginkan kulit yang cantik dan sihat. Namun kecantikan itu tidak kekal. Kita haruslah menjaganya diwaktu siang dan malam.

Tahukah anda, Coenzyme Q10 (CoQ10) dapat membantu kulit anda cantik dan sihat? Jumlah antioksida ini adalah tinggi di dalam epidermis dan ia berfungsi untuk melindungi kulit anda daripada pelbagai faktor penuaan seperti sinaran UV, bahan pencemar, toksin dan banyak lagi.

Walaupun badan kita boleh menghasilkan CoQ10 secara semulajadi, penghasilannya berkurangan sekitar umur 20an dan pengambilan suplemen adalah sangat digalakkan.

Kebaikan CoQ10 kepada kulit

Perlindungan optimum untuk kulit berseri

CoQ10 mengandungi antioksida yang tinggi, melindungi kulit anda daripada mengalami penuaan pramatang yang disebabkan oleh pendedahan matahari yang berlebihan dan tindakbalas keradangan.

Ia juga meningkatkan perlindungan antioksida kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan bahan pencemar yang boleh merosakkan kolagen dan elastin anda, yang membawa kepada penuaan pramatang.

Kulit kelihatan lebih muda

Kulit menjadi tidak tegang dan berkedut akibat kehilangan kolagen dan elastin. Alami pengurangan garis lurus dan kedut, serta dapatkan kulit lebih licin dan lebih anjal dengan CoQ10 kerana membantu mengurangkan penguraian kolagen di dalam kulit.

Meremajakan dan meningkatkan tenaga

Meningkatkan tahap CoQ10 tubuh anda dapat membantu meremajakan kulit anda yang sedang mengalami penuaan. Ia memelihara kulit nada dengan menggalakkan pembaikpulihan sel, meningkatkan pengeluaran sel yang sihat, mengeluarkan toksin, dan menghidupkan semula sel-sel baru dengan lebih efektif.

Bagaimana anda mendapatkan CoQ10 setelah ianya berkurang dari tubuh anda??

Salah satu caranya dengan pengambilan suplemen yang mengandungi CoQ10.

CoQ-Trol Plus Shaklee yang lebih bergaya

CoQ-Trol Plus yang dahulu dikenali sebagai CoQ Health, tapi kali ni di ubah nama dan formulasi baru. CoQ-Trol Plus membantu anda kekal aktif dan bertenaga dengan Coenzyme Q10, antioksidan yang terdapat padanya akan menyokong sel untuk menghasilkan tenaga.

Apa keistimewaan CoQ-Trol Plus ni?

CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama Resveratrol dan Tokoferol. Istimewanya ia dilengkapi dengan minyak zaitun bagi membantu penyerapan optimum.

Coenzyme Q10 ialah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga didalam sel. Ia berada didalam mitokondria, iaitu pusat janakuasa di dalam sel. Badan kita boleh menghasilkan mitokondria dan Coenzyme Q10 (CoQ10) secara semulajadi, tetapi penghasilannya akan merosot atas beberapa faktor seperti peningkatan usia dab cara hidup yang tidak sihat.

Ia mengandungi Polifenol dan CoQ10 yang tinggi dengan antioksida, seperti yang kita sedia maklum Polifenol membantu meningkatkan prestasi sel ke tahap optimum sekaligus menambah jumlah mitokondria dalam sel. Sebagai nutrien yang diperlukan oleh stesen-stesen penjana tenaga, CoQ10 diperlukan untuk mengecas badan dan memperbaharui tenaga agar tubuh berfungsi lebih efektif.

Apa fungsi CoQ10?
  • Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari.
  • Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.
  • CoQ10 membantu kita agar kekal aktif dan bertenaga. Ia adalah antioksida yang menyokong sel untuk mengahsilakan tenaga.
  • CoQ10 adalah komponen penting untuk penghasilan tenaga didalam sel, ini kerana mitokondria memerlukannya sebagai stesen janakuasa sel.
  • CoQ10 juga tinggi dalam sel otak, jantung dan hati. Sebab tu, CoQ-Trol Plus juga baik untuk kesihatan otak, jantung dan hati. 
Manfaat CoQ-Trol Plus

Tenaga yang berkekalan
Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel kita serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Peningkatan CoQ10 membantu meningkatklan kekuatan otot dan mempercepatkan pemulihan luka.

Peredaran darah yang sihat
CoQ10 lebih tertumpu kepada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung, peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung kita kuat dan sihat. kita memerlukan CoQ10 tambahan untuk memastikan jantung kita berdegup sihat kerana ia membantu menguatkan otot-otot jantung, menyokong fungsi jantung yang sihat.

Sistem reproduksi yang sihat
CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum, pengambilan CoQ10 membantu meningkatkan jumlah sperma yang sihat, meningkatkan pergerakan sperma dan meningkatkan kualiti ovum.

Kulit yang berseri
CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit kita daripada sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga kepada sel-sel yang rosak untuk memperbaiki diri mereka sendiri. Jadi kulit kita kekal berseri dan kelihatan muda. Pengambilan CoQ10 membantu menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan, dan meningkatkan tekstur kulit.

Meningkatkan fungsi kognitif
Bertidak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid9. Ia merupakan salah satu punca utama Penyakit Alzheimer di dalam otak kita. CoQ10 membantu menjana fungsi otak yang sihat dan meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.

Kalau berminat boleh contact saya atau beli secara online disini.


Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)