Apa itu chickenpox (cacar air) ?

Photo Credit : shutterstock.com

Kali ni saya nak share serba sedikit tentang chickenpox. Korang dah pernah kena chickenpox ke? Saya dah pernah kena masa kecik dulu. Mak kata teruk gak.

Masa anak-anak buah saya kena dulu, kesian jugak. Yela budak-budak tu kecik lagi. Bila rasa tak selesa, badan gatal-gatal, garu sana-sini, then nangis. Kita pun tak sampai hati nak tengok. Tapi tak lama, dalam seminggu dah sembuh. Cuma bekasnya je ambik masa nak hilang.

Saya summary kan info tentang chickenpox ni.

Chickenpox
  • Merupakan sejenis penyakit yang berjangkit.
  • Biasanya menyerang kanak-kanak. Namun golongan dewasa juga berpotensi untuk diserang.
  • Penyakit ini berlangsung selama 7 ~ 10 hari bagi kanak-kanak. Manakala orang dewasa pula mungkin mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.
Simptom/gejala
  • gejala utama ialah ruam, bintik-bintik merah kecil yang kemudiannya menjadi lepuh (bengkak berair).
  • sebelum diserang penyakit ini, suhu badan mungkin meningkat dan badan rasa tidak selesa atau tidak sihat.
  • ruam mula timbul pada bahagian badan dan muka dan sering merebak ke kulit kepala dan anggota badan yang lain.
  • ia juga boleh merebak ke bahagian membran mukus terutama di mulut dan alat kelamin.
  • ruam sering berasa gatal. Bintik-bintik menjadi lepuh dalam beberapa jam dan berubah menjadi kuping dalam 1 ~ 2 hari.
  • lepuh baru mungkin akan muncul selepas 3 ~ 6 hari.
Punca
  • Penyakit ini berlaku disebabkan virus yang dikenali sebagai Varicella-zoster.
  • Jangkitan boleh berlaku melalui lepuh yang telah pecah atau titisan udara.
  • Pesakit haruslah dikuarantin bagi  mengelakkan menjangkiti orang lain.
Rawatan
  • Gunakan losyen Camomile untuk melegakan gatal-gatal
  • Pastikan diri sentiasa dalam keadaan bersih dan persekitaran juga turut bersih.
  • Cari persekitaran yang sejuk (haba dan peluh boleh menyebabkan gatal-gatal yang lebih teruk).
  • Elakkan menggaru lepuh, potong kuku atau pakai sarung tangan jika perlu.
  • Jumpa doktor dengan segera jika berlaku komplikasi.
  • Doktor mungkin akan memberi ubat antihistamine, dimana mempunyai kesan sedatif yang kuat, kepada kanak-kanak yang terjejas akibat gatal-gatal semasa tidur.
  • Jika antibodi lemah, doktor mungkin akan beri aciclovir iaitu ubat khas untuk penyakit ini.
Komplikasi
  • Pneumonia mungkin terjadi.
  • Kes yang jarang berlaku, chickenpox boleh mengakibatkan meningitis dan juga keradangan hati.
Siapa yang berisiko mendapat komplikasi?
  • Ibu hamil yang tidak pernah diserang chickenpox.
  • Sesiapa yang mempunyai antibodi yang lemah seperti penghidap leukaemia atau HIV.
  • Pesakit yang mengambil ubat untuk suppress sistem imun mereka seperti kesan jangka panjang oral steroids.
Pencegahan
  • Orang yang mempunyai risiko untuk mendapatkan komplikasi dan terdedah kepada Varicella-zoster virus boleh diberi suntikan Varicella-zoster immunoglobin untuk meningkatkan imuniti mereka. Vaksin terhadap chickenpox juga tersedia bagi mereka yang mempunyai risiko tertentu.
Pandangan
  • Orang yang telah mengalami penyakit ini mempunyai imuniti terhadap penyakit ini sepanjang hidup. Walaubagaimanapun, virus itu boleh kembali dalam bentuk Shingles (sejenis penyakit yang disebabkan virus yang sama iaitu virus Varicella-zoster).
  • Seseorang yang diserang Shingles boleh menjangkiti orang lain dengan chickenpox tetapi tidak dapat menjangkiti Shingles kepada orang lain.

Itulah serba sedikit tentang Chickenpox. Info ni saya dapat melalui pembacaan salah satu buku Reader's Digest. Memang best buku tu banyak info mengenai kesihatan yang saya dapat.

So, korang yang alami penyakit ni sila hadam. Make sure buat pemeriksaan di hospital atau klinik berhampiran, ok.

Tu je sharing saya kali ni. Next time saya akan share suplemen yang sesuai diambil bagi yang diserang Chickenpox ni.

See u again :)

Terima Kasih
Beauty&Health,
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)