6 Kebaikan menggunakan pelembab (Moisturizer)

Photo Credit : pixabay.com
1. Bantu melembabkan kulit

Sudah tentu pelembab bantu melembabkan kulit wajah anda. Samada anda menggunakan ketika berada di dalam rumah mahupun berada di luar. Haruslah sentiasa memakai pelembab agar kulit sentiasa segar dan mengelakkan kulit anda dari kering dan kusam.

Namun pelembab mempunyai pelbagai jenis dan anda haruslah mengetahui jenis pelembab yang sesuai dengan jenis kulit anda.

2. Melindungi kulit dari sinaran ultraviolet (uv) cahaya matahari

Pelembab juga berfungsi sebagai pelindung dari sinaran uv. Seperti yang kita sedia maklum , terlalu lama terdedah dengan sinaran uv boleh menyebabkan kerosakan pada sel dan ianya juga boleh menyebabkan kanser kulit.

Oleh itu, pastikan anda sentiasa memakai pelembab ketika berada di luar dan melakukan aktiviti luar seperti bersukan dan sebagainya.

3. Bantu mencegah jeragat

Salah satu punca terbentuknya jeragat ialah disebabkan terdedah dengan sinaran uv secara berterusan. Sejenis sel yang dipanggil melanocytes yang terdapat dalam lapisan kulit kita yang akan menghasilkan melanin dan ianya dipengaruhi sepenuhnya oleh sinaran uv dari cahaya matahari.

Semakin banyak kulit kita terdedah kepada sinaran uv, semakin banyak melanocytes menghasilkan melanin. Melanin berfungsi untuk melindungi sel kulit kita daripada bahaya sinaran uv agar sel kulit tidak rosak. Apabila sel melanocytes menjadi terlalu aktif, kulit kita yang akan mendapat lebih banyak pigmen melanin, menjadikan sel kulit mudah berjeragat.

4. Memberi nutrisi kepada kulit anda

Pelembab juga berfungsi untuk memberikan nutrisi kepada kulit, mengandungi mineral serta vitamin yang baik untuk kesihatan kulit.

5. Melambatkan proses penuaan

Penggunaan pelembab secara berterusan akan membantu mengurangkan gejala penuaan, garis-garis halus dan kedutan.

6. Bantu mengelakkan dehidrasi kulit wajah

Bagi mereka yang sering berada pada suhu yang dingin seperti berada didalam bilik berhawa dingin, penggunaan pelembab amat digalakkan bagi mengelakkan kulit menjadi terlalu kering. Kulit yang terlalu kering boleh menyebabkan kulit mengelupas.

Pastikan anda menggunakan pelembab yang betul dan sesuai dengan kulit wajah anda.

Terima Kasih
Beauty&Health,
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Related post
Pelembab YOUTH Shaklee

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)