Kesan buruk obesiti

Photo Credit : shutterstocks.com
Ketahui keburukan apabila anda mempunyai berat badan secara berlebihan (Obesiti)

1. Mudah diserang penyakit berbahaya

Mereka yang berada didalam kategori obesiti, mudah mendapat serangan berbahaya seperti serangan jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, angin ahmar, kanser dan sebagainya.

Kajian daripada American Cancer Society yang diterbitkan di dalam jurnal The New England Journal of Medicine mendapati sebanyak 14% kes kematian pesakit kanser lelaki dan 20% kes kematian adalah pesakit kanser wanita yang disebabkan oleh faktor obesiti.

2. Kemurungan

Menurut kajian pada tahun 2010 yang diterbitkan di dalam Archives of General Psychiatry mendapati mereka yang mengalami masalah obesiti berisiko berhadapan dengan masalah kemurungan berbanding orang yang memiliki berat badan normal sebanyak 55%.

3. Kegagalan organ berfungsi

Obesiti juga turut menyebabkan kegagalan organ dalam tubuh kita berfungsi dengan baik seperti kegagalan jantung untuk mengepam darah akibat lemak atau kolestrol yang tersumbat. Malah obesiti juga boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang untuk menjalankan fungsinya.

4. Sakit tulang belakang

Berat badan yang melampau menyebabkan tulang belakang terpaksa menampung bebanan yang lebih berat dimana ia boleh menjejaskan kerosakan struktur tulang vertebra. Kawasan tulang belakang yang paling terdedah risiko ini ialah bahagian bawah belakang iaitu 'lumbar spine'.

Terima Kasih
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Sahklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)