Kebaikan Vitamin E

Kebaikan Vitamin E
Photo Credit : selfhacked.com

Antara kebaikan Vitamin E

Menyeimbangkan kolestrol

Kajian menunjukkan sesetengah isomers vitamin E bertindak sebagai antioksidan yang menetang pengoksidaan kolestrol.

Menentang radikal bebas dan menghalang penyakit berbahaya

Radikal bebas boleh menyerang sel-sel sihat dan ianya boleh mengakibatkan penyakit berbahaya seperti penyakit jantung dan kanser.

Sesetengah isomers vitamin E mempunyai kuasa antioksida yang berkeupayaan mengurangkan serangan radikal bebas, menentang antiradang dan membantu melambatkan proses penuaan sel.

Membaiki kerosakan kulit

Membantu dalam proses penyembuhan kulit. Mengurangkan tanda-tanda jerawat dan eczema.

Menguatkan dinding kapilari dan meningkatkan kelembapan, keanjalan dan bertindak sebagai anti-aging.

Melebatkan rambut

Disebabkan ianya tinggi antioksidan, vitamin e bantu mengurangkan kerosakan rambut  akibat faktor persekitan.

Minyak vitamin E dapat mengekalkan kelembapan semulajadi kulit, menghalang kulit kepala dari menjadi kering.

Minyak vitamin E menjadikan rambut lebih sihat dan segar.

Menyeimbangkan hormon

Vitamin E memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan sistem endoktrin dan sistem saraf serta menyeimbangkan hormon semulajadi.

Bantu atasi gejala PMS

Pengambilan suplemen vitamin E 2 atau 3 hari sebelum dan 2 atau 3 hari selepas period boleh mengurangkan kekejangan, anxiety, & craving dan gejala PMS lain.

Vitamin E bantu mengurangkan kesakitan yg melampau akibat PMS dan tempoh kesakitan.

Vitamin E juga bantu mengawal keseimbangan hormon secara semulajadi dan pastikan kitaran haid dikawal.

Meningkatkan fungsi penglihatan

Untuk memastikan keberkesanan vitamin E bagi fungsi penglihatan, vitamin c , beta-carotene dan zinc yg mencukupi juga diperlukan.

Bantu pesakit Alzheimer's

Vitamin E bantu melambatkan kemerosotan kehilangan daya ingatan dan penurunan fungsi bagi pesakit Alzheimer's yang agak parah atau mempunyai gangguan neurodegeneratif lain.

Mengurangkan risiko kanser dan kesan rawatan perubatan

Kadang-kadang vitamin E digunakan untuk mengurangkan kesan berbahaya terhadap rawatan perubatan seperti radiasi dan dialisis untuk merawat kanser. Ini kerana keupayaan dan kuasa antioksidan yg menentang radikal bebas.

Ia juga digunakan untuk mengurangkan kesan ubatan yang tak diingini yg mungkin menyebabkan keguguran rambut atau kerosakan paru-paru.

Memperbaiki daya tahan fizikal dan otot

Vitamin E boleh digunakan untuk meningkatkan ketahanan fizikal, meningkatkan tenaga dan mengurangkan tahap tekanan oksidatif pada otot selepas bersenam.

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551


Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)