Pengalaman ke Haneul Park, Seoul, South Korea


Dah seminggu kembali ke Malaysia setelah 5 hari travel nun jauh di sana. Dimana lagi kalau bukan ke bumi Korea. Tu yang excited nak share ni. Sampai tak tau mana nak mula.

Actually ni kunjungan kali kedua saya ke negara Kpop ni. Last time saya ke sana musim winter (2014 - dah empat tahun berlalu rupanya), kali ni nak rasai musim autumn pulak. Nak tengok dedaun pokok-pokok bertukar keperangan. Subhanallah cantik sangat pemandangannya.

Betullah orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Nikmati keindahan ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa. Subhanallah !

Ok, kali ni saya nak kongsi pengalaman saya & kawan-kawan saya ke Haneul Park. Actually plan ni pun plan last minute. Beberapa hari nak berangkat 'ketua' kumpulan decide nak masukkan dalam itinerary.

Dan plan ni juga hampir 'cancel' disebabkan cuaca yang tak menentu. Kalau ikutkan itinerary, hari pertama sampai ke Korea, kitorang ke Haneul park ni but unexpected hujan turun. Hujan turun !!!! 😑

Masa tu tak tau bila lagi nak selit plan ni sebab setiap hari ada aktiviti tertentu. But alhamdulillah, dah memang rezeki kami, sampai juga ke tempat ni pada hari keempat. 

Sebelum ke sini, kitorang ke Itaewon. After lunch, solat then baru kitorang gerak menaiki subway.

Park ni berdekatan dengan Seoul Worldcup Stadium. So, kitorang naik subway yang menuju ke Noksapyeong. Memandangkan kami dari Itaewon, kena melalui 11 stesen before sampai ke Noksapyeong ni. 

Sambil-sambil tu boleh duduk relaks (kalau ada seat kosong la ye) then update FB or IG.😆

Sampai je kat stesen Noksapyeong tu, naik je escalator, sebelah kanan ada satu shopping mall (Home Plus). Kalau korang bawa banyak barang atau baru lepas shopping, korang boleh sewa locker kat dalam shopping mall ni. 100won je, and duit tu nanti korang boleh dapatkan semula bila buka semula locker tu.😊

Dah sampai kat stesen tu korang kena jalan dalam beberapa minit then korang akan jumpa satu jejantas. Ok, dari atas jejantas ni korang dah boleh nampak 291 anak tangga yang perlu korang naik sebelum sampai ke Haneul Park.

Ya, 291 anak tangga. So, bersiap sedia fizikal & mental nak mendaki anak tangga ni ye 😅. Actually ada je buggy yang bawa penumbang untuk naik ke atas, tapi tak jumpa pulak masa tu, hahaha kalo tak, memang naik tu kot. But turun dari Haneul Park tu barulah kitorang naik buggy tu sebab dah lewat plus dah gelap. Bayaran hanya 2000won untuk satu perjalanan.




Nasib baiklah saya amalkan pengambilan suplemen shaklee, and almost setiap hari setiap waktu petang buat exercise, so takde masalah nak panjat anak tangga yang banyak ni. (Cewahhh....ada bunyi berlagak kat situ 😝).

Ya, masa travel ni suplemen sangat penting tau. Saya bawa Vivix, Coq-trol Plus, Bcomplex, Vitamin C, Ostematrix dan beberapa suplemen shaklee yang lain. Memang sangat membantu. Sebab tu saya bertenaga je naik anak tangga ni. Tup tup dah sampai. 😎

Yang menariknya, sepanjang mendaki anak tangga tu, korang boleh nikmati pemandangan bandar Seoul yang sangat cantik. Dari sini korang boleh nampak The Han River Bridge, Seoul Worldcup Stadium dan of course Han River nya. Dengan dikelilingi daun yang keperangan. Wah cantik !!!


Ok, dah sampai kat atas tu, kena jalan sikit lagi untuk sampai ke Haneul Park tu. Haa, memang kena banyak berjalan tau. Sebab tu kena ada tenaga dan stamina. hehehe.

Masa ni juga terserempak dengan satu family chinese Malaysia. Aunty & uncle tu relaks je naik tangga. Sempat gak borak-borak ngan aunty tu and she said 'muda-muda boleh lagi' (refer kat kitorang la tu, muda lagi mesti ada tenaga boleh jalan lagi.hehe). Lebih kurang macam tu lah ayatnya. Haa, dia yang dah berusia pun larat lagi nak mendaki, yang muda-muda ni takkan tak boleh? Kan??

And here we go..tadaa...cantik kannn




Memandang kitorang sampai pun dah petang, so memang tak sempatlah nak pusing satu park tu. Agak ralat sedikit, sebab tau memang banyak port cantik untuk ambik gambar.

Apa-apa pun tetap bersyukur diberi kesempatan sampai ke tempat ni walaupun pada mulanya macam tak yakin akan jejak kaki ke sana. Tapi dah memang rezeki kami. Alhamdulillah.

So, korang yang nak ke Korea, bolehlah masukkan Haneul Park dalam itinerary. Memang cantik. Tapi korang survey gak la bila waktu sesuai nak ke sana and check juga weather but jangan yakin sangat cuaca tu sentiasa baik ye. hehehe...pengalaman.😆

Terima kasih
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)