Nami Island di musim luruh

Nami Island antara destinasi yang wajib korang masukkan dalam itinerary bagi yang nak bercuti ke Korea. Ni kali kedua saya ke Nami Island. Trip pertama pada musim sejuk (winter), masa tu pokok-pokok dah takde daun dah. huhu...

Seawal pagi lagi kitorang dah gerak dari tempat penginapan, then menaiki subway untuk menuju ke Gapyeong Station. Sebelum gerak korang kena study betul-betul laluan-laluan nak ke Gapyeong station tu. Ada tempat yang korang kena tukar line.

Kalau tak pasti boleh tanya Officer yang ada kat sana. Tak pon korang guna mana-mana apps kat phone korang. Jangan risau, kat Korea tak la complicated sangat nak faham laluannya (walaupun daku pun blurr kekadang ).

Dah sampai kat Gapyeong station tu, ya ampun sejuk yakmat. Kalau tak silap suhu bawah 10°c. Nasib baik pakai winter jacket siap-siap walaupun ku tahu musim winter tak sampai lagi. Dan...nasib baik jugak glove ku itu memang standby letak dalam backpack.Ya, sebab tahu saya ni memang tak tahan sejuk, so dah standby apa yang patut.


Korang boleh pilih samada nak naik teksi or bas untuk ke jeti nak ke Nami Island tu. Memandang kitorang ada 4 orang, so decide untuk naik teksi je. Sorang 1000 won, ok la tu kan.

Sampai kat jeti tu pulak kena cepat-cepat beli tiket feri tau. Sebab lepas dah beli tu kena beratur untuk naik feri pulak. Kitorang sampai kat jeti tu sebelum kul 9am, masa ni pun dah start ramai orang dah. Oh ya, kalau korang memang suka benda-benda mencabar, boleh cuba zipline dari jeti sampai ke Nami . Ada berani??



Perjalanan dari jeti ke Nami tu tak la lama mana, dalam 15 minit kut. Masa ni sempat buat 'live' kat FB, promote promo oktober vitamin c shaklee. Well, business shaklee ni mudah je. Kat mana-mana boleh, nak tak nak je. So, korang yang nak order produk shaklee jangan segan-segan pm saya k.

Ok, sambung topik asal.

Dah sampai kat Nami, cari la port nak photoshoot. Sana sini daun kekuningan dan keperangan. Subhanallah memang cantik sangat.

Kalau korang nak round Nami dengan berbasikal pun boleh, ada beberapa jenis basikal dengan harga yang berbeza dan masa yang ditetapkan.

Mula tu kekok juga, sebab pemegang basikal tu ngan basikal yang biasa diguna lain sikit, ke aku ni yang dah lama tak bawa basikal.

Nami tak la besar mana, pusing-pusing kat situ jugak. Ok la, tak nak banyak cakap, nah saya share beberapa keping gambar semasa kami bercuti di Nami Island di musim luruh.





Kat sini ada Surau, so yang muslim tiada alasan untuk tinggalkan solat ye. Wajib tu!



Restoran makanan halal pun ada, so takde la pening nak fikir pasal makanan kan. Tapi harga memang agak mahal, faham-faham je la ye. Kalau korang nak bawa bekal pun boleh je, pandai-pandai la cari tempat untuk makan.





Dah solat dah makan, then kitorang pun gerak nak balik. Nak balik ke jeti tu, haa hambik, ramai giler beratur. Stress pulak tengok barisan panjang ni. Nasib baik feri ada dua, kalau satu je sampai petang kut tunggu turn nak ke seberang.

Dah berjaya ke seberang, haa kena cepat-cepat beratur naik naik bas or teksi untuk ke Gapyeong station pulak. huhu...

Balik dari Nami tu kitorang terus ke Myeongdong, cari skincare pulak. hehe..korang nak beli barang skincare ke kosmetik ke apa-apa berkaitan kecantikan, cari kat Myeongdong. Boleh baca entry saya kat sini..

Ok, tu je nak share.

Bagi yang nak bercuti tu, selamat bercuti.

Terima Kasih
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)