Tips ke Luar Negara



Kali ni saya nak bagi tips bagi yang nak ke luar negara. Samada untuk bercuti ataupun urusan kerja. Tapi ni lebih kepada bercuti la ye. Salah satu hobi saya iaitu 'travel'. So, sebelum nak ke mana-mana saya kena study dulu tempat tu.

Apa yang perlu anda tahu?

1. Tempat yang dilawati.

Sudah tentu la kena study tempat-tempat yang menarik yang akan pergi dulu kan. Betul tak? 😀 Baru la excited nak bercuti. Hehe. Part ni saya memang paling suka 💓😊 Google gambar je pun dah buat hati tak sabar. Tapi kadang tu 'indah khabar dari rupa'. Tak seperti apa yang kita bayangkan dalam gambar. So, jangan expect too high la ye 😏. Ni dari pengalaman sendiri. Uhuu sedih. Wishlist pula tu 😑 Oh ye, jangan lupa study jugak 'apa yang boleh' & 'apa yang tak boleh' kat tempat tu. Yela lain tempat lain la rule nya kan.

2. Tempat tinggal

Ha yang ni ikut bajet korang. Kalau rasa nak tinggal tempat mewah, bajet pun kena la lebih. Ye tak? Tapi bagi saya, memadai la ada tempat tinggal yang selesa. Cari yang murah je yang penting boleh tidur dengan selesa & ada tempat nak mandi, tukar baju dan bersiap.

3. Makanan yang menarik

Ok, yang ni sangat-sangat penting juga. Tapi bagi saya makanan yang simple pun dah memadai. Sebab saya ni bukan jenis yang excited dengan makanan. Kalau travel saya lebih prefer tempat yang nak dilawati berbanding makanan tempat yang nak dituju. Ada orang dia suka 'jalan-jalan cari makan', betul tak? Rugilah kan pergi tempat orang tapi tak rasa makanan-makanan sedap diorang. Nope, saya ni jenis tak kisah. Yang penting halal & affordable. hehe..sesetengah negara ada yang susah nak dapatkan makanan halal 😟. Ada juga yang serve hidangan agak mahal. So, kena bijak memilih & buat persediaan awal untuk cukupkan bajet, ok. Tapi kalau korang jenis yang mampu & tak kisah berhabis, it's up to you 😊.

4. Keadaan atau cuaca semasa lawatan

Kena ambil tahu keadaan & cuaca tempat yang nak dituju. So, senang nak buat preparation. Kalau musim sejuk ke hujan ke boleh bawa ubat yang sepatutnya. Betul tak?

5. Pakaian yang perlu dibawa (kena rujuk no.4)

Yang ni pun kena ambil kira. Yela kalau korang pergi musim winter takkan bawa pakaian nipis kot 😏. Pergi musim summer or spring takkan bawa baju tebal, betul tak? So, kena study dulu part ni. Bawa pakaian yang bersesuaian.

6. Kadar pertukaran matawang

Kena pandai survey money changer yang bagi rate yang best. Tapi kadang tu dah malas nak fikir, tukar je la tempat yang paling dekat 😁


Cukup 6 dahulu, kalau korang nak tambah boleh je.
Ok, saya nak bagi tips benda2 yang perlu dibawa pula.

Benda yang perlu disediakan.

1. Camera / Video Recorder

Ok yang ni WAJIB ada. Kenapa saya kata wajib? Well, kalau takde benda ni macamana nak selfie 😆 Guna handphone je pun boleh. Yang penting boleh ambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan. Tapi kalau ada camera high quality lagi bagus, ye tak. Gambar lagi clear & puas hati 😊

2. Powerbank

Yang ni pun antara benda WAJIB ada. Tak payah cakap travel la, keluar sekejap pergi kedai pun ada yang bawa kot. Haa see betapa IMPORTANT nya benda ni. So, masa travel tu kena la bawa benda ni. Bukan setakat boleh charge handphone je, Tab, ipod, camera dan macam2 lagi. Tapi kalau nak bawa pun biarlah powerbank yang berkualiti ye cik kak cik abang. And powerbank tu biarlah yang boleh charge benda2 korang tu beberapa kali.

3. Extra Battery

Kalau ada extra battery lagi bagus. Bateri apa? Bateri handphone or bateri camera la. Kalau korang nak bawa bateri AAA tu pun boleh...hahaha.. 😆(gurau)Ok, extra battery ni sebagai persediaan je. Kot2 powerbank tu dah 'tak bernyawa', sekurang2nya ada 'nyawa' lain. Tapi makesure bateri tu dah charge siap2 la ye 😁

4. Universal Adaptor




Kalau korang pergi Luar Negara better check dulu apa jenis plug yang diguna. Tak semua negara guna plug yang sama tau. Nanti sampai sana korang tak boleh nak charge handphone korang pula.

5. Tisu Basah (Wet Tissue)

Sesetengah negara tandasnya tak gunakan air tau. So, bawa la tisu basah or botol kosong yang kecil je pun ok yang penting boleh bersihkan apa-apa yang patut.

6. Ubat-ubatan / Supplemen / Vitamin

Yang ni pun sangat penting. Bawa la ubat yang perlu or supplemen yang boleh membantu kita saat-saat yang tak terduga. Kita tak tahu apa yang akan berlaku kan. Orang kata 'sediakan payung sebelum hujan'. Kot-kot la jatuh sakit masa tu juga, tak best la kan.

7. Passport

Haa, yang ni tersangat la penting kalau korang nak ke oversea ye. Kalau yang ni tinggal bye-bye la jawabnya. So, silalah masukkan dalam beg korang siap-siap.

8. Makanan

Bawalah sedikit makanan. Makanan kering ye awak. Contoh, maggi 😁 hihi.. roti, biskut, minuman 3in1, coklat , kekacang. Bawa yang mudah dibawa & awak rasa awak akan makan. Ni sebagai alas perut je. Kot-kot malam-malam tu awak lapar ataupun takde makanan halal yang dijual.

Ok, selain tu bawa duit yang mencukupi. Ikut bajet korang la. Kalau rasa nak shopping tu bawa la lebih. Jangan lupa bawa barang mandian. Packing barang awal dari tarikh korang bertolak. Takla korang kelam kabut. Biasanya saya memang akan pack barang-barang saya awal sebab saya jenis tak suka buat last minute. Takut ada benda yang tertinggal. haha 😆 Ha lagi satu kalau korang memang jenis suka ambil gambar banyak-banyak guna handphone makesure memory space banyak lagi ye. Pindahkan gambar2 yang sedia ada kat pendrive ke harddisk ke. So, takde la masalah memory full 😁

Sampai di sini je la dulu. Harap tips ni dapat membantu korang. Semua tips di atas berdasarkan pengalaman saya sebelum ni. Kalau ada lagi boleh la tambah sendiri.

Semoga bermanfaat dan Selamat bercuti 😊
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)