Punca Kegagalan Buah Pinggang


Apakah Punca-punca Kegagalan Buah Pinggang?

1. Kurang minum air kosong
 
2. Makan makanan yang tinggi kandungan garam.

3. Merokok dan minum alkohol.

4. Kerap minum minuman bergas dan berkarbonat.

5. Minuman yang mengandungi tinggi kandungan gula.

6. Menahan kencing.

7. Obesiti

8. Makanan yang tinggi asid urik.

9. Kurang bersenam.

10. Penyakit Tekanan Darah Tinggi dan Diabetes.

Bagaimana Kita Menjaga Kesihatan Buah Pinggang?
  • Banyakkan minum air kosong. Selain mencegah dehidrasi, ia juga bagi mengimbangkan kandungan cecair dalam tubuh kita.
  • Amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Kurangkan makan makanan yang mengandungi bahan-bahan pengawet seperti makanan ringan.
  • Kurangkan berat badan. Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan tekanan darah naik dan ini akan membawa kepada gejala masalah buah pinggang.
  • Berhenti merokok dan meminum alkohol. Risiko mendapat masalah buah pinggang adalah sangat tinggi bagi perokok dan peminum alkohol.
  • Bersenam dan melakukan aktiviti riadah. Apabila kita bersenam atau melakukan aktiviti yang menyebabkan kita berpeluh secara langsung toksin yang ada pada tubuh kita akan keluar melalui peluh. 

Amalkan gaya hidup yang sihat bagi memastikan organ tubuh kita berfungsi dengan baik sekaligus mencegah daripada penyakit yang berbahaya. :)

Terima Kasih.
Beauty&Health
msfizakawaii.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)