Cipta Kenangan Dengan Aktiviti Ekstrem

atv borneo adventure sabah

Sabah memang terkenal dengan tempat yang cantik dan menarik terutama Pulau-pulau yang indah. Tidak kurang juga tempat-tempat yang lain selain Pulau. Tapi entry kali ni bukan tentang pulau ye 😃

Saya nak korang bercuti sambil cuba sesuatu yang baru dan ekstrem pula. Tempat ni terletak di daerah Kundasang. Mesti korang dah pernah dengar nama Kundasang Sabah kan. Tempat ni terkenal dengan Desa Dairy Farm. Memang sangat cantik. So, korang boleh ke sana dengan menaiki ATV 😁 Saya baru je cuba 😊

Boleh visit website www.atvborneoadventure.com. Macam-macam pakej ada. Masa tu kitorang pilih pakej B ke Earthquake Historic Site & Garden Farm.

Nak bawa sendiri atau bawa penumpang pun boleh. Jangan risau kalau korang tak reti nak bawa. Saya pun mulanya memang tak reti. First time la katakan. Nervous jangan cakap la. Tapi sebelum bawa tu diorang akan bagi briefing macamana nak bawa, apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Dan....boleh praktis dulu sebelum mulakan perjalanan. hehehe. Dan dan dan jangan risau ada guide di depan dan di belakang yang akan guide korang. Guide dia pun sangat ramah, sporting dan sempoi je.

Alhamdulillah cuaca masa tu tak panas tak hujan. Kalau hujan diorang akan tangguh atau batalkan. Tak nak ambil risiko yang boleh membahayakan sebab laluan yang dituju ni bukan jalan rata tau. Dengan jalan yang berbatu, naik turun bukit(bukit ke?). Sampai satu tahap saya pun rasa tak larat 😅

atv borneo adventure sabah

Tapi Alhamdulillah we did it and seriously memang best sangat. Bila dah sampai ke destinasi tu rasa lega sangat. Korang boleh tengok view nya yang cantik. Subhanallah memang cantik. Rasa tenang je. Bahagian bawah ada sungai yang bersih. Tapi tengok dari atas je la tak berani nak turun sebab banyak batu-batu besar.

Sampai sana guide akan bagi masa untuk kita rehat dan ambil gambar. Memandangkan pakej kitorang sebelah petang tak boleh la lama sangat. Masa nak balik tu rasa'eh sekejapnya' 😄 sebab dah boleh bawa laju sikit 😆

So, kalau korang ada plan nak bercuti ke Sabah boleh la masukkan dalam list korang 😊 Tak menyesal cuba.

Beauty&Health
Pengedar Sah Shaklee
ID 1122551
msfizakawaii.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)