Powerbank Terbaik


Nowaday powerbank bukan lagi kehendak tapi KEPERLUAN. Penggunaan gadget yang memerlukannya sentiasa 'bernyawa' menyebabkan 'memiliki powerbank adalah suatu kemestian'.

Fuh ayat, skema weii. hahaha.. 😆

Entry kali ni nak review powerbank brand Pineng yang saya beli dari The Faiz Ibrahim last year. Dah nak dekat setahun kut. So, dah boleh bagi review la kan 😊

Sebelum ni memang dah ada tapi yang ni saya beli lagi sebab nak guna masa travel. Ok, yang ni antara benda yang WAJIB ada masa nak bercuti . Kalau nak tahu benda2 lain yang perlu ADA semasa bercuti boleh la baca entry saya sebelum ni.

Kenapa saya beli powerbank dari The Faiz Ibrahim ni?

Tapi sebelum tu saya nak bagitau, sebelum beli memang saya stalk dulu websitenya 😆. Saya tahu tentang web ni pun dari adik saya, dia la yang promote, suruh beli dari web ni sebab trusted seller.

1. Trusted Seller

Kenapa saya beli dari web ni? Macam saya katakan tadi sebab diorang ni trusted seller. Beli barang secara online ni kena hati2 juga. Sebab ramai seller yang suka ambil kesempatan, menipu para pembeli. So, beware ye.

2. Original

Barang yang dijual pun Original, bukan cap ayam tau 😏 sekarang ni banyak kes powerbank yang diguna tiba2 meletup.  Yang tu sah2 fake. Sebenarnya kita para pembeli ni susah nak tahu samada barang yang kita beli tu Original atau tak. That's why kena beli dengan trusted seller. Betul tak?

3. Service yang tiptop

Ok yang ni saya salute. Actually order saya ada problem. Bukan la big problem. Bagi saya small matter (untung dapat customer macam saya ni yang jenis tak banyak bunyi 😆) but diorang banyak kali minta maaf. Saya pun terkejut. Even barang dah sampai masih bagi perkhidmatan yang baik 😊. Boleh tanya apa2 yang korang nak tahu tentang produk diorang. Don't worry diorang akan bagi the best explanation.

4. Best Quality

Actually ni la sebab UTAMA saya beli dari diorang ni. Sebab kualiti yang baik & boleh tahan lama. Takpela beli mahal2 yang penting boleh tahan lama. Betul tak? Saya pun dah guna hampir setahun. Still OK. Benda ni memang saya selalu guna especially masa bercuti or balik kampung.

5. Warranty

Ha yang bestnya powerbank ni ada waranti. Beli tempat lain saya tak pasti ada waranti ke tak 😀 Mungkin ada tapi saya je yang tak tahu. Maaf 😊

Ok, tu je la yang saya nak kongsi. Selain powerbank ada juga accessories lain yang diorang jual. Nak tahu, tengok la website diorang. Taip je The Faiz Ibrahim.

Korang nak beli tempat lain pun boleh je. Tapi bagi yang nak beli powerbank yang high quality, original & boleh tahan lama saya recommend beli ngan diorang. Seriously, tak menyesal beli. Berbaloi 👍👍👍👍👍

(Dah macam promoter pula aku ni 😆) Oh ye, review ni tak berbayar ye. Saya just nak share je.

Selamat membeli 😊




Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)