Taman Arnab Sabah


arnab village ranau

Kali ni saya nak kongsi salah satu tempat yang menarik di Sabah. Bagi pencinta arnab memang di syorkan datang ke sini. Tempat ni terletak di Kg.Purakagis menghala ke pekan Ranau. Nak ke tempat ni korang kena masuk satu simpang Jalan Kibbas Mohimboyon Kundasang.

arnab village ranau

Dah masuk simpang tu jalan terus, nanti akan jumpa satu 'gerbang' sebelah kiri.

arnab village ranau

arnab village ranau


Tiket masuk tak la mahal pun. Dewasa RM5 dan Kanak-kanak RM3. Kalau nak bagi makan arnab-arnab tu kena beli makanannya dulu RM1 sebungkus.

arnab village ranau

arnab village ranau


Bila masuk tempat orang kena la beradab kan. Kena hormat tempat orang. Sama la kat sini kena tahu peraturan-peraturannya.
arnab village ranau

Arnab-arnab kat sini memang jinak. Seronok & geram pun ada dengan bulunya yang gebus tu. Si gebus ni akan datang tempat korang minta makanan. Tapi saya tak berani nak dukung 😆 Kalau kucing tu berani la jugak, tapi si gebus yang satu ni tak tau ragam dia macamana, kang dia gigit 😆

Kat sini banyak spesis arnab yang boleh kita lihat. Yang pemalu ada yang 'tak tau malu' pun ada 😆 Tapi semua pun comel-comel.

arnab village ranau

arnab village ranau

Bercuti ke Sabah datang la ke sini. Memang sesuai datang dengan family. Korang boleh visit facebook 'Arnab Village Ranau'. diorang pun ada perkhidmatan homestay kalau korang nak bermalam di sini. Boleh contact & book awal.

Ok la, ni je saya nak kongsi.

Selamat bercuti 😊

Beauty&Health
msfizakawaii.blogspot.com




Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)