Cabar Diri Dengan Paragliding


ranau paragliding

Assalamualaikum.

Ada yang sedang plan bercuti ke Sabah? Nak percutian yang mencabar dan menyeronokkan? Apa kata korang cuba aktiviti paragliding? Pernah dengar paragliding? Bagi yang gayat, ni la masanya cabar diri dengan fobia korang tu. Tapi kalau rasa tak boleh, jangan paksa diri pula, cuba lain kali je, nanti susah pula 😄

Kalau korang nak cuba aktiviti ni boleh google or visit facebook Ranau Paragliding. Boleh tanya info lanjut. Jangan risau harga tak la mahal mana pun berbanding experience yang korang dah rasai. Sekali cuba mesti nak lagi. Trust me 😊

Saya pergi dengan keluarga dan bff saya. memandangkan dah book awal so senang sikit. Pagi tu lepas sarapan, kitorang bertolak dari KK. Sampai sana sekitar pukul 9 pagi. Memang excited. Dengan cuaca yang baik, angin yang sejuk, seronok sangat.

Krew kat sana akan bawa kita naik ke atas bukit tempat meluncur dengan menaiki kereta Hilux (kalau tak silap la ye, ingat-ingat lupa). Ok yang ni pun ada ceritanya. Alkisah jalan nak ke atas tu bukan la jalan rata, tapi berbatu-batu. Kitorang yang mulanya agak jakun ni excited la duduk kat belakang. Masa dah jalan tu, haa baru ko rasa macam-macam, ko rasa nak terhumban pun ada 😆 Tapi tu la kenangan yang manis. Nak turun dari bukit tu dah serik, tak nak duduk belakang dah, sebab masa tu dah penat sangat, kitorang nak duduk rilek je kat dalam 😁 Tapi kalau ada peluang lagi nak rasa lagi.. hehehe

Bila dah sampai atas tu, seriously memang bertambah excited & tak sabar nak fly 😍 Masa tu dah ada peserta lain yang fly, so kita yang kat bawah tengok ni of course la tak sabar.

Memandangkan kami datang beramai-ramai, haa bertabahlah tunggu turn masing-masing ye. Sekali fly dianggarkan dalam 15-20 minit bergantung kepada cuaca. And luckly masa saya fly tu ambik masa 20 minit. Lama la ko kat atas sampai rasa 'bila nak turun ni?'

ranau paragliding

ranau paragliding

Memang seronok. Mula-mula meluncur tu saya sibuk dengan GoPro, tak tengok bawah pun. Bila dah agak jauh baru la tengok bawah, haa tau takut 😆😅 Tapi kejap je after that dah ok, sebab yang bawa tu profesional kita pun tak rasa takut (saya penumpang je ye, bukan saya yang bawa..hehe).

Oh ye, ada pakej sekali ngan GoPro, so korang boleh copy video tu untuk tatapan sebagai kenangan. Tapi saya tak puas hati sebab  masa mendarat teknik tak cantik puncanya saya tak pandai imbang badan 😆 Bila tengok video tu balik, alahai... redha sebab salah sendiri 😆

Walaupun masa singkat tapi memang menyeronokkan. Tak sangka boleh rasa terbang ke atas. Bila lagi nak mencuba, kan.

So, kalau korang nak cuba boleh la hubungi mereka. Krew diorang pun baik & mesra.

Selamat mencuba 😊

Beauty&Health
msfizakawaii.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)