Tips Latih Anak Berpuasa


Photo Credit : akuislam.com
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti-nanti bagi mereka yang tahu keistimewaannya. Bulan dimana para muslim berkejar-kejar menambah amal ibadat. Menambah saham akhirat.

Masa ni lah kita perlu latih anak-anak yang semakin membesar erti sebenar berpuasa. Apa kelebihan dan kebaikan berpuasa. Kenapa perlu uamt Islam berpuasa. Kenapa ianya suatu kewajipan.

Sebagai ibubapa, anda bertanggungjawab mendidik anak-anak anda tentang salah satu Rukun Islam ini. Ini tanggungjawab anda yang akan disoal kelak di akhirat nanti.

Jangan tunggu mereka dah besar, dah dewasa baru nak ajar berpuasa. Tapi mereka sepatutnya di ajar dan di latih usai umur mereka meningkat kanak-kanak.

Mungkin bagi permulaan anda ajar mereka puasa setengah hari. Tengok kemampuan mereka. Bila mereka dah boleh lalui setengah hari, bolehlah ajar mereka puasa penuh sehari.

Puasa penuh sebulan? Ini cabaran bagi ibu bapa. Mereka mungkin sukar memenuhinya. Tapi cuba sedaya upaya latih mereka ke arah itu. Namun kalau mereka tidak mampu, jangan pula dipaksa. Cuba bagi kelonggaran, tapi jangan sampai memanjakan.

Mungkin anda boleh bagi ganjaran sekiranya mereka berjaya puasa penuh. Atau cara lain agar anak anda bersemangat untuk berpuasa.

Peringkat kanak-kanak mereka belum faham sepenuhnya, namun apabila mereka meningkat remaja, anak anda akan semakin memahaminya dan akan rasa malu jika tidak berpuasa.

Anak-anak ni susah nak bangun pagi sebab mereka letih sebenarnya.

Situasi mereka sekarang bukan macam kita kecik-kecik dulu. Anak-anak sekarang, pergi sekolah dari pagi sampai ke petang. Ada bermacam-macam aktiviti dan tugasan. Syllabus dah makin tinggi. Homework pun sangat banyak.

Kita yang tengok pun rasa letih. Apatah lagi tubuh kecil anak soleh(ah) yang sedang melaksanakan? Kalau mereka berpuasa, lagilah mereka akan kepenatan.

Tapi, nak tak nak mereka kena diajar juga berpuasa kan? So bagaimana nak bantu mereka?

Haa.. meh baca tips-tips di bawah:

1. Hidangkan makanan yang mereka suka sewaktu bersahur dan berbuka. Wahh kalau diorang nampak makanan kegemaran mereka terhidang di meja, mesti semangat mereka nak penuhkan puasa.

2. Ajak anak sediakan/pilih menu berbuka bersama-sama.
Bulan puasa ni insyaAllah dapat balik rumah lebih awal dari biasa. Isikan masa bersama anak agar mereka tak terasa lama menunggu waktu berbuka.

3. Beri reward kalau anak berjaya puasa penuh. Mesti dia rasa seronok dan semangat nak terus berpuasa lagi pada keesokan hari.

4. Pastikan anak-anak mendapat zat yang cukup untuk kekal bertenaga. Berikan Set Ramadhan untuk Si Manja yang terdiri daripada:

Set Ramadhan Kanak-kanak Shaklee

Meal Shakes - susu berperisa french vanilla yang bantu membekalkan protein, vitamin dan mineral bagi memastikan si manja dapat menahan lapar lebih lama dan bertenaga di siang hari

Performance Drink - minuman isotonik berperisa oren tanpa gas mahupun pewarna dan pemanis tiruan yang membantu menyeimbangkan elektrolit dalam badan dan seterusnya mengelakkan si manja dari terdehidrasi semasa berpuasa

Vitalea for Children (VFC) - VFC    adalah sejenis multivitamin dan multimineral berperisa anggur yang bantu memberikan zat yang badan anak2 kita perlukan. Pengambilan makanan yang kurang semasa berpuasa menjadikan VFC ini satu suplemen wajib bagi mengekalkan kesihatan anak anak kita.

So, cubalah amalkan tips tips ni pada anak-anak semasa bulan puasa nanti ya. Sementara itu, bolehlah dapatkan set Ramadhan untuk anak-anak anda sebagai persediaan.

Untuk tempahan, hubungi 0193901309 atau beli secara online dengan menekan link dibawah.

BELI SECARA ONLINE

Beauty&Health

Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)