Punca Tubuh Mudah Letih

Ada beberapa faktor yang menyebabkan tubuh kita mudah berasa penat dan letih.

Tidak Bersenam
Duduk dalam satu posisi bagi satu tempoh masa yang lama boleh menyebabkan kita kehilangan tenaga. Contohnya ketika menonton televisyen, melayari internet di komputer atau yang seumpama dengannya.

Dalam keadaan ini, tubuh menganggap duduk diam  dan tidak bergerak yang lama sebagai isyarat ‘idle’ atau sedang tidur.

Jadi, secara automatik tubuh menganggap kita sedang berehat. Tetapi posisi duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama itu bakal menyebabkan otot cepat letih dan lesu.

Postur Tubuh Yang Tidak Responsif
Banyak tenaga diperlukan untuk membetulkan postur posisi tubuh kita. Postur tubuh yang tidak responsif – seperti duduk membongkok kehadapan atau bersandar di kerusi – menyebabkan penjajaran tulang belakang menjadi tidak betul.

Lebih teruk keseimbangan tulang belakang, lebih tenaga diperlukan untuk memperbaikinya. Mengapa? Ya, otot kita terpaksa bekerja lebih untuk keperluan seperti itu.

Diet Pantas
Percaya atau tidak, kehilangan berat badan secara mendadak akibat perubahan diet boleh menyebabkan kehilangan tenaga yang banyak.

Pengambilan kalori yang rendah terutamanya kurang daripada 850 kalori sehari, boleh menjadikan kita lebih letih. Jika diamalkan berterusan tanpa kondisi yang betul dalam jangka masa panjang boleh merosakkan kesihatan.

Mengambil Sarapan Dengan Makanan Yang Manis
Makanan seperti bijirin bersusu, pastri, muffin dan roti bakar bersapu manisan akan memberikan tenaga yang tinggi selepas bersarapan.

Ia disebabkan penyerapan gula makanan yang pantas dalam tubuh. Proses aktif ini menaikkan paras gula dalam darah dengan begitu cepat.

Berikutnya, paras gula akan turut menurun dengan cepat selepas beberapa jam.
Kesannya, badan cepat letih dan mengantuk akan cepat terasa kepada kita. Mula la nak terlelap kan.

Sentiasa Berasa Bimbang & Stress
Kebimbangan, gelisah dan stress sepanjang hari akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan otot menjadi tegang.

Ia mungkin disebabkan permasalahan peribadi yang serius, terperangkap di dalam kesesakan trafik atau mengalami trauma akibat situasi tertentu.

Implikasinya selain mengakibatkan kesakitan, ia turut mencetuskan keletihan akibat kerja keras tubuh untuk mengatasi masalah tersebut.

Bersenam Lebih Dari Biasa
Bersenam sememangnya sangat baik untuk kita. Selain memberi kecergasan tubuh, ia turut meningkatkan kesihatan pada tahap yang lebih baik.

Memang automatik kita akan kehilangan tenaga atau badan tiada tenaga selepas kita aktif bersenam. Itu normal.

Apa akan terjadi jika kita memaksa diri bersenam dalam kadar yang lebih dari kebiasaan? Terutamanya jika kita baru ingin mencuba atau cuba ingin mendapatkan kembali bentuk badan idaman.

Perkara yang difikirkan setelah mengawal pemakanan tentunya bersemangat terlebih untuk melakukan senaman secara intensif.

Tanpa panduan jurulatih bertauliah, tentunya ia lebih mengundang kehilangan tenaga dengan lebih cepat dan sentiasa di dalam keletihan.

So, bagi anda yang mengalami faktor di atas bolehlah cari inisiatif untuk atasi masalah keletihan dan rasa penat yang dialami.

Salah satu cara untuk memastikan anda sentiasa aktif, bertenaga dan cergas ialah dengan pengambilan suplemen/makanan tambahan yang selamat dan berkesan.

Suplemen yang Sesuai untuk Tambah Tenaga

1) Esp

Adalah protein sihat yang memberikan bekalan tenaga berterusan manakala sifatnya  rendah glisemik indeks yang memberikan rasa kenyang lebih lama.
Pengambilan susu bersama ESP dan kurma memberi badan lebih tenaga untuk bekerja dengan produktif sepanjang hari

2) Vitalea

Mengandungi kesemua 28 Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk iron

Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.

Mengandungi beta carotene yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu

Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

3) B-Complex

Vitamin B-Complex Shaklee terdiri dari 8 vitamin B penting untuk keperluan harian badan..

B-Complex adalah salah satu vitamin kesukaan saya kerana pengambilan setiap pagi membantu saya lebih tenang (vitamin anti-stress), bertenaga dan bersemangat untuk memulakan hari...B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protien, lemak dan karbohidrat kepada tenaga manakala asid folik dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.

Lengkap untuk keperluan sel, menjadikan sistem tubuh bekerja dengan sempurna. B-Complex dioptimumkan dengan pengambilan bersama vitamin C.

4) Sustained Release Vita C Plus

Vitamin seperti juga B Complex..mudah larut dan musnah dalam badan.
Oleh itu, bekalan vitamin C yang berterusan amat penting untuk menyokong segala proses dalam badan.

Vitamin C menyokong kesihatan tulang, gusi dan gigi serta kesihatan keseluruhan. Individu yang sering rasa penat, letih, lesu dan tidak bermaya mungkin kekurangan vitamin C.

5) Omega guard

Bantu melancarkan peredaran darah serta meningkatkan daya ingatan, kesihatan jantung & menurunkan kolestrol.

6) Ostematrix

OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi.

Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh.

7) Cinch Tea Mix

Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat.

Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi.Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga.

8) Performance Drink
Kandungan gula yang terdapat dalam Performance Drink kurang berbanding minuman lain.

Mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah dan membolehkan ia mudah diserap untuk mengekalkan paras gula dalam darah.

Membantu mengurangkan penyah-hidratan (kurang air, kehausan) kerana Performance Drink dilengkapi dengan kandungan natrium yang membantu mempercepatkan penyerapan air ke dalam tubuh.

Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride yang membantu membekalkan tenaga dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.

Performance Drink dapat membantu memberikan  kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya ketahanan otot.


9) Vivix

Mekanisme dalam Vivix bertindak terhadap sel badan adalah kerana Vivix mampu memberikan tenaga kepada sel badan di samping meningkatkan keupayaan mitokondria atau dipanggil pusat tenaga sel.

✅ Vivix mampu meninggikan kuasa mitokondria, semakin bertenaga badan kita akibat kuasa tenaga yang diberikan pusat tenaga sel tersebut.
✅ mitokondria ni akan semakin merosot keupayaan nak memberi tenaga abila kita semakin berumur. So, bila minum Vivix, sekaligus ia membantu untuk menjadi agen anti penuaan dan mengelakkan kemerosotan tulang, kolagen, tenaga dan sebagainya.

Amalkan suplemen di atas confirm bertenaga. Nak buat kerja pun senang hati.

Bagaimana nak tempah?

Hubungi saya 0193901309 atau beli secara online dengan menekan link di bawah.


Beauty&Health

Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)