Apa itu Penyakit Autoimun?

Apa itu Penyakit Autoimun?
Photo Credit : shutterstock.com
Pernah dengar penyakit Autoimun? Apa penyakit Autoimun tu?

Ok, entry kali ni saya nak share sedikit tentang penyakit autoimun.

Penyakit autoimun adalah sejenis penyakit dimana sistem imun menyerang tisu badan yang sihat. Ianya disebabkan beberapa faktor seperti stress dan hormon, jangkitan bakteria atau virus, masalah sistem saraf, toksin, masalah usus, GMO, sensitif terhadap gluten dan sebagainya.

Sesetengah penyakit autoimun seolah-olah berlaku apabila sel-sel mengalami perubahan, mungkin disebabkan oleh jangkitan virus, oleh itu sistem imun tidak lagi mengenali sel-sel tersebut sebagai sebahagian daripada sel tubuh.

Wanita umumnya lebih cenderung mengalami penyakit autoimun ini berbanding lelaki.

Gejala dan rawatan penyakit ini adalah berbeza-beza mengikut penyakit tertentu. Contohnya seperti Rheumatoid Arthritis, sendi menjadi sangat menyakitkan, kaku dan cacat.

Rawatan yang biasa dilakukan ialah dengan pengambilan ubat-ubatan mengikut nasihat doktor.
Selain itu, pesakit yang mengalami penyakit autoimun haruslah menjaga pemakanan harian, menjalani gaya hidup yang sihat, bersenam, pengambilan suplemen yang betul dan selamat.

Sekian, setakat ni je perkongsian saya tentang penyakit autoimun.

Semoga perkongsian saya bermanfaat buat anda.

Beauty&Health

Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)