5 Makanan yang baik untuk kesihatan mata

Photo Credit : pixabay.com
Semua orang mengimpikan mata yang cantik. Bukan sekadar cantik tapi juga mata yang sihat. Mata adalah salah satu anugerah Allah yang tidak ternilai . Kerosakan mata akan menyukarkan kita untuk melakukan aktiviti harian.

Bagi menjaga kesihatan mata, kita perlulah amalkan cara-cara penjagaannya. Salah satunya ialah dengan pengambilan makanan yang baik untuk kesihatan mata.

Makanan yang baik untuk kesihatan mata

1. Lobak Merah
Kita sedia maklum, lobak sangat baik untuk kesihatan mata. Ini kerana lobak kaya dengan Betacarotene (sumber vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk kesihatan mata). Lycopene (nutrien yang melindungi mata dari sinaran UV) dan Lutein (nutrien yang melindungi mata dari radikal).

2. Tomato
Ianya juga mengandungi Lycopene dan Lutein yang baik untuk kesihatan mata. Buah Tomato juga bantu menghalang dari kerosakan sel mata.

3. Telur
Dipercayai turut mengandungi khasiat untuk kesihatan mata. Sebatian sulfur, protein dan Cysteine yang membantu melindungi mata dari pertumbuhan katarak. 

4. Ikan Salmon
Mempunyai Omega-3 lebih banyak berbanding jenis ikan atau makanan laut lain. Pengambilan Omega-3 secara konsisten akan mencegah dari gangguan mata yang kering. 

5. Bawang Putih
Kandungan Selenium, Vitamin V, Vitamin B1, Quercetin dan Glutathione membantu melindungi mata dari radikal bebas seperti sinaran UV. Bawang putih juga baik untuk peredaran aliran yang sihat, dan bantu menguatkan sel-sel optik juga ketahana tubuh agar dapat membantu mata dalam keadaan sihat.

Terima Kasih,
Beauty&Health,
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Shaklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)