Tips dapatkan prospek dari Facebook

Tips dapatkan prospek dari Facebook
Photo Credit : pixabay.com
Tips dapatkan prospek dari Facebook

📌 Rajin update status untuk jaga 'engagement' antara anda dan friendlist

Nak ramai kenal anda, sedar 'kewujudan' anda, kenalah rajin post status kat Facebook. Kalau anda buat bisness online, facebook adalah antara medium terbesar dan paling berpengaruh. Jadi, kena rajin post tentang jualan anda, tentang aktiviti bisnes anda, tentang promosi jualan atau sebagainya.

Semakin kerap anda update post anda, semakin tinggi jugalah jumlah prospek yang anda akan dapat. Barulah kenalan anda tahu anda sedang jalankan bisnes, tahu apa yang anda jual atau servis yang anda sedang jalankan.

📌 Posting yang bermanfaat seperti tips, info, dan sebagaimana.

Post yang bermanfaat juga akan bantu dapatkan prospek, seperti tips, info-info menarik dan bermanfaat dan sebagainya. Jika anda menjual produk kesihatan, anda boleh post tentang tips kesihatan atau aktiviti kesihatan.

📌 Tidak membuat sebarang posting yang berunsur negatif, bergosip, membawang, meroyan dan sewaktu dengannya.

Hal peribadi tidak sepatutnya diwar-warkan. Elakkan post atau share status yang berunsur negatif, atau apa-apa sahaja yang boleh membuatkan prospek 'tidak yakin' atau 'pandang serong' terhadap anda.

Ianya boleh merosakkan kredibiliti anda sebagai penjual/usahawan. Sebagai peniaga anda seharusnya lebih positif dan meyakinkan.

📌 Rajin 'bertegur sapa' dengan friendlist.

Walaupun anda seller, bukanlah alasan untuk tidak 'bertegur sapa' kenalan anda di Facebook. Beri 'komen' dan 'like' posting kenalan anda.

Tapi sekali lagi, elakkan dari 'beri komen negatif' atau 'membawang' di komen mereka. Jaga etika anda sebagai peniaga.

📌 Tunjukkan nilai nilai yang baik dan tunjukkan kita adalah trusted seller.

Sebagai peniaga, samada anda peniaga online ataupun offline, attitude, tingkahlaku, akhlak, adalah perkara penting yang perlu dijaga.

Ianya penting bagi meyakinkan prospek anda bahawa anda seorang seller yang komited, serius dengan bisnes anda, dan boleh dipercayai.

📌 'Be friendly' dengan semua agar mereka selesa dan urusniaga menjadi mudah.

Kebanyakan prospek anda adalah orang luar, orang yang anda tidak kenal sama sekali, oleh itu tanamkan sikap mudah mesra, mudah berbincang agar prospek rasa selesa dan urusniaga juga berlancar lancar.

Semoga tips ini bermanfaat 😊❤

Ms.Fiza
Founder Starlight Group
Terima Kasih
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Sahklee
ID : 1122551

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)