7 Manfaat Zink terhadap kesihatan tubuh

7 Manfaat Zink terhadap kesihatan tubuh
Photo Credit : medicalnewstoday.com
1. Meningkatkan kesihatan imun
Para penyelidik mendapati bahawa zink membantu mengawal keradangan. Ianya bantu memendekkan tempoh selsema, serta menyokong imun dan mengaktifkan sel-sel imun agar berfungsi secara optimum.

2. Tingkatkan kesihatan rambut
Zink merupakan zink penting untuk pertumbuhan sel, menyokong sel-sel yang sihat untuk prestasi tubuh yang lebih optimum.

Zink bantu menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut lebih sihat dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

3. Tingkatkan kesihatan kulit
Sifat anti-radang zink membantu mencegah keradangan dan meningkatkan pembaharuan sel yang sihat serta mempercepatkan penyembuhan kulit yang sensitif agar lebih sihat.

Zink juga membantu merawat masalah jerawat dan melegakan radang kulit agar sihat berseri.

4. Permulaan keluarga yang sihat
Zink bekerja bersama enzim lain bagi mengekalkan kesihatan sistem reproduktif untuk lelaki dan wanita.

Untuk lelaki, zink berperanan meningkatkan jumlah sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma.

Bagi wanita pula, zink membantu dalam pengawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal bagi membantu pergerakan telur menuju rahim untuk proses penempelan.

5. Tingkatkan memori dan pembelajaran
Hipokampus, pusat memori dan pembelajaran otak mempunyai tahap zink tertinggi. Oleh itu, zink bantu meningkatkan komunikasi antara neuron untuk memproses maklumat yang lebih cekap dan melindungi saraf dan tisu otak.

6. Tingkatkan tenaga dan stamina
Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum agar tubuh mempunyai tenaga untuk menjalani aktiviti harian.

Zink bantu meningkatkan prestasi bagi anda yang aktif bersukan, menggalakkan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.

7. Mempercepatkan penyembuhan luka
Zink juga amat penting dalam fungsi imun, melawan jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru, mengelakkan jangkitan pada luka.

Ianya bantu mengekalkan keutuhan dan struktur kulit, bantu menghasilkan protein dan kolagen untuk penyembuhan luka dan penting dalam proses pembekuan darah.

Terima Kasih
Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309
Pengedar Sah Sahklee
ID : 1122551

Related post

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)